Nursing Wear Mampu Milik di Almari Baju by Adrini's

Assalammualaikum..

Hari minggu yang lalu aku berkesempatan untuk hadir Grand Opening Almari Baju by Adrini's di Shah Alam. Mak aii.. jammed teruk nak masuk situ.. ada aku stuck nak masuk kat area situ dekat 2 jam kot.. T_T #pitam




Tapi alhamdulillah.. sampai juga kat sini.. Almari Baju by Adrini's ni ada macam-macam jenis pakaian.. aku suka pakaian kat sini sebab boleh dapatkan nursing wear dengan harga mampu milik. Selalu kalau kat butik kat memang mahal harganya kan.. tapi kat sini.. fuhhh... bergetar duit dalam dompet mintak keluar sebab murah gile !







Dengan harga dari RM30.. pasti korang puas hati dengan koleksi jubah, blouse dan baju yang dijual di sini. Geram je tengok... ^_^ Nursing blouse juga sangat murah dan boleh dibeli dengan harga serendah RM70 sahaja !


Selain itu, di Almari Baju by Adrini's ni juga ada juga jual tudung, shawl dan pin tudung tau... tudung dan shawl dia cantik-cantik sangat.. Ada juga tudung dan shawl untuk kanak-kanak.. Aku sempat sambar sehelai shawl untuk Iman. Tak sabar nak gayakan di Hari Raya nanti.. ^_^


Oh ye.. di Almari Baju by Adrini's turut menyediakan vendor station, dan mana-mana vendor yang nak letak barang jualan mereka di sini, boleh hubungi terus Almari Baju by Adrini's.




Bagi yang datang secara berjemaah.. tapi hanya berniat nak temankan pasangan bershopping kat sini, atau ada anak-anak kecil.. jangan risau..ada ruangan khas untuk tetamu menunggu dan berehat. Sangat selesa!


No.19A, Jalan Plumbum P7/7, Seksyen 7, 40150 Shah Alam Selangor
Opening Hours : Rabu - Isnin (Selasa Tutup)

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

3 Comments

Thanks for your support