Assalammualaikum..
Annyeonghaseyo.. last day.. T_T sedih.. tapi takmo sedih
dulu.. sebelum kita balik.. ada tempat yang dalam wishlist aku masih belum pegi
lagi.. iaitu Sungkyungkwan University.. kat sini la David stadi.. so, dia janji
nak bawa datang sini.. tapi tunggu punya tunggu.. mana la si David ni tak
sampai-sampai.. kitorang pun decide untuk gerak sendiri.. so, pagi-pagi tu kitorang dah siap-siap check
out takut nanti lambat…
Kalau ikutkan takde la jauh mana Sungkyunkwan University ni
dari guesthouse kitorang.. David kata, kalau naik bas dekat je.. tapi kitorang
tak reti.. kang sesat plak.. so, kitorang naik subway je.. berbaju kurung kauu
semata-mata nak pegi sini…
Sampai je kat Sungkyunkwan University, terus la
berphotoshoot bagai.. baru la rupa universiti.. cuma tak sempat la nak masuk
dan explore lagi old building tu.. T_T so sad.. Insya Allah.. next time kalau
ada rezeki ke Korea lagi.. aku nak pegi sini.. nak spend time kat sini satu
hari… bawa buku, fefeeling stadi kat sini.. kuikuikuii…
Lepas tu, kitorang pun balik semula ke guesthouse.. amik beg
dan terus heret ke bus stop seberang jalan untuk naik Airport Bus. Memula macam
dah fikir nak naik teksi je.. tapi host kat guesthouse tu kata, kalau naik
teksi fare dia KRW70,000.. uwaaa.. macam tak berbaloi pulak.. so, weols decide
nak naik airport bus je dengan tambang KRW10,000 sahaja.. aku dengan bawa 7
buah beg wokey… handbag kiri kanan, pastu beg tarik, 2 buah beg sandang, 1
woven bag, 1 beg balik kampung yang baru beli smalam ngan harga KRW10,000. Ko
rase macam mana aku heret beg tu siap melintas jalan? Hukhukk… memang sadis
gila.. nak patah ase tulang bahu aku ni.. inikah dinamakan backpackers?
Hahahha.. terus tak jadi backpackers dah weiii… hahahaha…
Sampai je aku kat bus stop.. sempat duduk 2 minit je.. lepas
tu bas sampai.. June plak masih dok seret beg.. aku saje je naikkan beg atas
bas slow-slow nak bagi masa sikit kat June soh jalan laju-laju.. hahaha.. nasib
baik sempat.. 3 beg aku boh bawah, selebihnya 4 beg aku bawa naik.. barulah
ringan sikit bahu ni.. sepanjang perjalanan dalam bas ke airport.. aku bantai
tido.. gile penat heret beg weii..
Sampai airport je.. turunkan beg.. aku masih lagi dengan
winter jacket.. masuk dalam bangunan airport terus terasa bahang.. tapi
pura-pura sejuk gak.. pastu, masa nak check in barang.. orang tu tanya, tak
panas ke? Aku cakap, ‘It’s very cold
here.. I’m freezing’.. terkejut dia.. lepas tu dia blah.. padahal masa tu..
dah lencun weii.. semua ni gara-gara takmo buka winter jacket.. dah la aku bawa
naik 4 beg naik atas ni.. kang aku buka winter jacket, dah jadi 6 item.. tak ke
kena campak nanti.. huhuhuu.. tapi alhamdulillah.. dorang tak banyak bunyi… aku
dengan relaksnya bawa 4 beg tu naik atas.. penuh compartment atas aku tu ngan
beg aku.. nasib la tak ramai sangat orang kan… bole la conquer satu compartment
tu aku yang punye.. hihihi.. sampai atas kapal… terus buka winter jacket..
terus rasa lega.. tapi tak berapa nak lega lagi sebab aku pakai long john..
takpe.. kat KLIA2 nanti baru buka.. ^_^
So, begitu lah perjalanan kami ke Seoul.. kami ni baru
pertama kali jejak ke Seoul, alhamdulillah.. dalam sesat-sesat tu, banyak
pengajarannya… Insya Allah.. ada rezeki.. aku pasti akan datang lagi.. let’s
hunting for a cheap ticket.. aku kan cheapskate.. harus la nak yang murah-murah
je kan.. kuangkuang… ok.. tunggu next entry aku akan share berapa total kos
untuk ke Seoul, Korea ni.. tunggu… ^_^
Booking.com
till then, tatababai
What's New
1 Comments
Banyaknye memborong
ReplyDeleteThanks for your support