Assalammualaikum...
Ingat tak ritu kami sekeluarga pegi bercuti kat Gold Coast Morib kan.. kitorang tak amik dinner tau.. so, kitorang decide nak pegi makan kat restoran Juvita kat area Banting. Lokasi dia kat area Jalan Kenanga. Kalau dari Gold Coast Morib tu, korang kuar ke simpang kiri, then terus je sampai jumpa Jalan Tali Air kat sebelah kanan. Masuk Jalan Tali Air tu, then terus sampai jumpa traffic light. Lepas tu, terus je dalam 5 minit macam tu, then korang akan nampak signboard Restoran Juvita kat sebelah kiri. Depan sikit dari restoran tu, ada simpang tulis Jalan Kenanga. Boleh je parking tepi-tepi jalan tu. Selalunya,, kalau korang lambat, memang penuh restoran tu, so kalau ada contact nombor dia dan confirm korang nak makan kat situ, order siap-siap. Takde la korang tunggu lama.. ^_^
Memang ramai la kat sini, crowd gile. Pulak tu masa kitorang pegi tu tengah semi final bola Malaysia - Vietnam. Pergh... havoc gile.. Kitorang pula dapat meja betul-betul depan TV.. hahahaa.. memang sorak abis la...
Restoran Juvita
Jalan Kenanga
ada homestay
adik-adikku.. sabar menunggu makanan
Since kitorang datang ni adik beradik ramai kan.. so makan pun ramai la.. aku order makan untuk 4 orang makan.. hamik kauu... setiap menu tu datang 2 set.. mengah nak abiskan sebab portion dia besar kot..
air oren dan air suam, milo ais untuk budak-budak
jus epal.. nomnomnom
nasi putih utk 13 orang makan
kailan ikan masin untuk 4 orang makan
daging masak merah untuk 4 orang makan
tomyam campur untuk 4 orang makan
sotong goreng tepung untuk 4 orang makan
telur dadar untuk 4 orang makan
pinggan botingkek-tingkek
otak-otak zombie kampung pisang
Memang kenyang makan la.. walaupun aku order makan semua untuk 4 orang makan, tapi portion dia besar. Makan pula ramai-ramai, memang licin la.. kecuali tomyam, nasi ngan sotong goreng tepung. Siap tapau dapat 2 bekas nasi. hahaha.. buat supper kononnya...
Kos untuk makan ramai-ramai adik beradik ni adalah RM126 sahaja. ^_^
Kalau ada yang nak datang sini, bole datang atau call dulu untuk reserve tapi make sure lepas reserve datang la.. ^_^ boleh contact ikut nombor seperti yang tertera di bawah. Alamat pun ada tu.. ^_^
sila datang lagi.. ^_^
till then, tatababai
What's New
wahh....portion besar dan rasa sedap mmg berbaloilah..dari segi harga berpatutan x Anil
ReplyDeletebetul tu.. portion dia besar.. dan yg penting.. sedap.. hahahaa
DeleteMurahnya...tapi kalau saja2 pergi sana patah balik rumah jauh tuuu
ReplyDeleteklu ikutkan memang agak jauh.. tp sbb masa tu kitorang bercuti kt morib kan.. so.. memang dokek je la.. hihihi.. ^_^
Delete