Thursday, January 29, 2015

Hotel Review : Heritage Hotel, Tawau

Assalammualaikum..

Selamat pagi kawan-kawan.. dah sarapan? ^_^

Nak buat review sikit tentang hotel yang aku pernah menginap kat Tawau. Sepanjang hidup aku, ececee.. inilah pertama kali aku sampai Tawau. Masa mula-mula nak datang Tawau tu, dok riki-riki juga, ada apa kat Tawau ni. Orang kata sana seafood murah kan.. ^_^ tapi tujuan sebenarnya bukanlah nak makan seafood pun.. dalam tak makan seafood tu pun, hehari aku balun pisang cheese kat sana.. hahahah..

Baiklah.. sambung review hotel yang aku duduk kat Tawau ni. Hotel yang aku pilih adalah Heritage Hotel dan bilik yang aku amik adalah bilik standard

Hotel ni kalau exterior dia nampak mcam hotel lama je.. even dalam dia pun, macam hotel lama.. hikss.. tapi hospitality dia setanding hotel 5 bintang. Walaupun ini kali pertama aku datang Tawau dan pertama kali duduk kat hotel ni, aku terus jatuh cinta dengan hotel ni. 

Lokasi hotel yang dekat dengan kedai makan. Bukan setakat dekat je, bersepah kedai-kedai makan kat situ. Depan hotel tu je ada restoran nasi ayam. Hari-hari pula tu aku sarapan kat situ sebab hotel ada collaboration dengan restoran tu. Kalau rasa nak makan kari, ada restoran India sebaris dengan hotel ni. Selain tu, masakan melayu, goreng-goreng, even masakan asli Sabah pun ada. Semua dekat-dekat. Tu yang hari-hari aku tapau pisang goreng cheese makan dalam bilik. Heaven sungguh... Huhuhu..

Okey.. meh tengok bilik hotel dia.. gambar ni haruslah aku snap masa hari pertama sampai kan.. lepas tu dah rupa kapal karam.. hahahha.. tapi jangan risau, ada je housekeeping yang mengemas. ^_^

bilik katil queen

pandangan dari arah katil

coffee table katanya.. tempat aku lepak makan pisang cheese

almari. ada extra 2 bantal. semua aku utilize buat kepong aku tido.. ngeeee

bilik air

bilik mandi

kalau nak solat, ada arah kiblat ditunjukkan

coffee set

sabun di bilik mandi

selipar kalau sejuk boleh pakai

walaupun hotel macam hotel lama, tapi access door pakai kad wokey..

dan yang paling best.. wifi percuma.

Hehehe.. best tak? Aku paling suka tu wifi le.. satu slip bole guna satu device. So aku minta dua, satu untuk phone, satu untuk notebook. 

Sepanjang 5 hari aku stay kat sini, alhamdulillah.. barang-barang pun selamat. Kadang-kadang aku ada juga tinggalkan notebook dalam bilik tapi dalam beg la, simpan elok-elok kan. Syukur alhamdulillah.. takde pape yang hilang kecuali sampah je la.. hihihi..

Berapa rate yang aku dapat selama aku stay kat Heritage Hotel ni.. Hahh.. inilah antara sebab musabab kenapa aku pilih hotel ni. Walaupun agak jauh dari tempat yang aku pegi hari-hari tu, tapi hotel ni murah. Walaupun harga lebih kurang je dengan hotel-hotel berdekatan, tapi WIFI kat sini memang best.. insya allah.. moga servis wifi kat sini terus cemerlang... hihihiih

So, aku stay 6 hari 5 malam kat hotel ni.. rate untuk hari pertama adalah RM119.00 per night include breakfast tau... dan malam kedua dan seterusnya pula RM109.00 include breakfast.. walaupun hanya beza RM10.. tapi kalau campur total 5 malam aku duduk kat situ.. boleh buat tambang teksi tu tauu.. ^_^


So, sape-sape yang pegi Tawau.. aku recommended hotel ni untuk korang duduk.. berbaloi-baloi... ^_^


till then, tatababai

What's New

8 comments:

  1. ok... nanti SS nak ke Tawau SS riki otel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. jgn lupa jak kita kalau nak pegi tawau tu... hahaha

      Delete
  2. bestnya. bilalah dapat ke tawau nie. .hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV,
      jom la ke tawau.. tiket flight tengah murah tu.. kitorang siap kena sawan sebab dok godek AA je.. hahaha

      Delete
  3. not bad jgk tawau.xpernah pg lagi...mmg rmai org ckp seafood murah..tp xtw sedap ke x..huhu

    Read My Recent Post " Phone Aku Dari Zaman Dulu Hingga Zaman Sekarang "

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. seafood memang murah... gile membeli seafood je kat sini.. hihihih

      Delete
  4. Cantik jugak bilik dia.. harga pun reasonable.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bilik dia besar.. katil besar.. kalau takau 2 dewasa 1 kanak2 tu no hal.. ^_^

      Delete

Thanks for your support