The Super Awesome #OhhSOME Fest 2014!!

#### 48 Hour Sponsored Post ###

Hi semua.. pernah dengar tentang #OhhSOME Fest? 

Ini juga adalah kali pertama aku terlibat dengan event ni.. Seronok ke tak? Apa tu #OhhSOME Fest? Ia merupakan festival untuk meraikan kegemilangan media sosial di Malaysia. Untuk tahun 2014 ini, event ini diadakan di Avenue K Mall dan jangan tak tau, 2 hari berturut-turut tau event ni berlangsung dari 13 Disember sehingga 14 Disember 2014.

On the way ke #OhhSome Fest.. sempat tau selfie dulu ^_^

Banyak aktiviti yang diadakan seperti #OhhSOME Bazaar, #OhhSOME Stage, #OhhSOME Talk dan banyak lagi. Aku sempat pergi ke beberapa tempat je sebab encik suami tak berapa sihat pulak. Iman pulak meragam sebab panas badan katanya. Makanya, sampai sana hanya sempat terjah beberapa tempat je la untuk snap gambar.

So, tempat pertama yang ditujui haruslah Hotlink. Jangan tak tau ye.. aku ni pengguna Hotlink dari zaman universiti lagi ye. Nombor pun itu je takde tukar-tukar. Terlalu setia dengan Hotlink ni sampaikan adik beradik dan mak pun semua pakai Hotlink tau..

Masa sampai ni, takde la crowd sangat so bole la nak snap sana sini dulu. Dapat lolipop tauu.. auwww.. suwit sangat Hotlink ni kan.. dah puas menjelajah booth Hotlink, kita jalan ke #OhhSOME Stage pulak layan konsert katanya kan..

Merah itu Hotlink!!!

Kat #OhhSOME Stage ni, kitorang layan plak lagu-lagu best. Layan pulak bila dengar I Am Neeta buat performance. Perghh.. rasa terbuai-buai dengan alunan suaranya. Iman pulak buat hal sebab sakit perut katanya.. So, tak sempat la layan semua penyanyi-penyanyi awesome yang buat performance tu. Kita layan Iman pulak.


Then, sebelum balik, singgah sebentar di #OhhSOME Bazaar yang semestinya menawarkan macam-macam produk dari aksesori, baju wanita sampai la ke produk-produk kecantikan. Memang cuci mata la bila dah sampai sini. Nasib la aku tak gaji lagi, kalau tak memang aku borong semua.


Since aku agak kelam kabut maka tak sempat la nak buat macam-macam aktiviti best sepanjang #OhhSOME Fest ni. Insya allah, ada rezeki lagi, yakin dan pasti aku mesti nak join aktiviti-aktiviti yang best sepanjang festival ni.

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya dapat tengok I Am Neeta performed.. happening btl.=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah,
      tu ar... banyak lagi performance best.. tapi tak dapat tgk.... tahun depan datang lagi.. ^_^

      Delete
  2. Bestnya....aktiviti... kalau nak bawa anak kecil saya tentu saya heret hero2 abdul sekali dengan baby carrier terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yang bawa sorang ni pun banyak songeh nye... hahahah.. siap tuka tudung sbb kena muntah asben tak sihat.. takpe la.. next year ada lagi kan.. ^_^

      Delete

Thanks for your support