Friday, May 2, 2014

berhati-hati dengan penipuan ketika membeli di streetdeal.my

morning uols... salam Jumaat.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. amin...

tetiba rajin update pepagi ni sebab tengah bengang giles kat satu online shopping ni... alkisahnya... pada 29hb yang lepas ada la beli satu voucher ni kat streetdeal.my... memang sebelum ni memang penah beli voucher Gold Coast kat sini.. so far mmg takde pape masalah.. tapi nak dijadikan cite.. kali ni lain pula citenya..

kalau korang tengok kat streetdeal.my tu.. macam-macam diskaun barang dia bagi kan...  so, kali ni saya ada beli satu voucher dinner kat salah satu hotel kat KL.. so, masa beli tu..tengok-tengok ada diskaun 26%.. dah jadi lumrah manusia, dah ada diskaun haruslah grab.. fikir gak masa tu.. apakedehal streetdeal.my ni bagi diskaun banyak-banyak.. maybe sebab ada extra promo kot.. so, grab la extra diskaun 26% tu.. TETAPI... TETAPI... diskaun 26% tu hanya valid untuk pembayaran melalui credit card sahaja.. so, dengan senang hati.. buatlah bayaran melalui credit card sebanyak RM59.20.

nak dijadikan cite.. semalam ye.. semalam masa Hari Pekerja.. tepat jam 6.00 petang.. saya dapat mesej dari maybank yang bertulis begini :

"RM0.00 MBB:TQ for using your Maybankcard ending **** for MYR149.00 AT STREETDEAL SINGAPORE P\\S 0.01/05/14;18:00.For enq call num at back of your card"

Masa ni dah fikir.. saya ni wat transaction apa? sebab masa tu ada kat kampung kot... since segala macam maklumat takde dalam tangan ketika itu.. so, malam tu lepas balik rumah.. baru call Maybank tanya apa menda yang dia deduct tu? lepas tu pihak Maybank bagi tau, ada transaction pada jam 6 petang.. which saya tak wat pape transaction pun.. lepas tu pula.. bila wat transaction.. mesti la dia ada minta verification code or else kan.. ni takde.. masa tu dah suspect ada someone guna credit card saya.. lagi la berangin.. dah rasa nak report polis je ni.. tapi sabar dulu.. pihak Maybank suruh saya call semula streetdeal.my untuk confirmkan samada ada buat pape transaction yang bernilai RM149 tu ke tak... so malam tadi call streetdeal.my tapi dah tamat office hour + dorang tak bekerja time cuti umum.. sabar.. sabar... kita try call semula esok..

sambil-sambil tu fikir balik.. masa wat transaction dia ada minta MSOS code.

Kalau baca kat Maybank nye FAQ pasal MSOS code ni, patutnya dia secure la kan.. tapi nape lepas 1st transaction.. dia still wat 2nd transaction tanpa pengesahan???

klik sini untuk baca tentang MSOS code


kejap tadi, call semula streetdeal.my.. 2 kali call baru berangkat ye.. panggilan dijawab oleh Encik Roshan..perbualannya lebih kurang macam ni..

Saya : saya nak tau kenapa credit card saya di charge sebanyak RM149 tanpa kebenaran saya
Streetdeal (SD): boleh saya dapatkan alamat emel puan
Saya : g*a***ku*1@gmail.com
SD: nama puan *A****A BINTI *AL***I. betul ke?
Saya : betul
SD: pihak kami akan refund semula duit tu kepada pihak puan
Saya: kenapa credit card saya dicharge??
SD: kita ada SD premium member dimana puan akan mendapat sebanyak 20% diskaun dari pembelian puan melalui streetdeal
Saya: kat mana yang ada statement yang menyatakan saya bersetuju nak join premium member tu?
SD: minta maaf puan.disini kami ada masalah teknikal sedikit dan saya dah cancel charge RM149 tersebut dan duit puan akan dipulangkan dalam masa 7-14 hari
Saya: perlu ke saya pegi ke bank untuk membuat pembatalan?
SD:tak perlu puan, sebab kami dah cancel

Wahh.. senangnya korang...lepas ni memang saya pegi ke bank la buat juga cancellation tu.. dah la tanpa kebenaran pun korang boleh charge credit card.. inikan pula nak saya senang-senang percaya korang nak refund...

so korang.. berhati-hati la...lepas ni memang dah takmo la beli lagi kat streetdeal.my ni...

kat bawah ada sample kot-kot korang pun terpedaya macam saya nak dapatkan extra diskaun kat streetdeal.my ni..

masa memula buka streetdeal.my tu.. lepas korang pilih barang apa korang nak beli.. dia akan kuar mcm kat bawah ni..


lepas tu pilih nak berapa kuantiti, dan kalu ada option nak pilihan design barang yang macam mana.. pilih kat sini juga..


lepas tu.. dia akan kuar page ni.. page ni dah masuk cara-cara nak buat bayaran.. kat sini korang kena berhati-hati.. sebab kat sini la punca penipuan premium member tu..cer tengok Streetdeal Insurance tu.. ada Yes dan No kan.. kat situ.. saya klik Yes.. ada charge sebanyak RM3.50... dan Total Payment adalah sebanyak RM33.50


okey.. cuba pula kalau saya klik No.tiada charge which is RM0.00 kan.. tapi cer tengok kat Total Payment.. masih lagi RM33.50 kadang menda ni kita tak perasan pun sebab bila nak buat bayaran semuanya nak cepat sebab ada tempoh masa...


seterusnya.. kalau korang pilih option 'I want 19% discount' beserta dengan harga selepas diskaun tu.. option bahagian Payment Method akan terus paparkan Pay with Visa or Mastercard, Pay securely using your VISA or Mastercard. ok.. secure la sangat kannnnnn


tapi.... klau korang pilih option 'Pay via iPay88, Pay with your Bank Account via iPay88', terus option Payment Summary tu akan bertukar ke Total Payment which korang kena bayar harga tanpa extra 29% diskaun tu.. nampak tak disitu... tang mana plak dia kata kalau nak dapatkan yang 29% discount tu kena join premium membership???


kalau korang perhati lagi.. memang dia ada tulis cam iklan.. cam kat atas tu.. tapi ada ke dia tulis kalau klik kat 'I want 29% discount' tu kena join membership???? nampak sangat dia saja je nak attract buyer soh klik kat 'I want 29% discount' tu..lepas tu charge kat credit card...

lepas tu saya ada try cari kat uncle google, pasal streetdeal premium member ni.. ini yang saya jumpa... 


macam mana la orang tak tersalah faham ngan dia nye payment term ni.. kalau dah tak jadi premium member tu.. tak la la nak letak 'I want 29% discount' tu kat Payment Summary.. just letak untuk buyer yang dah jadi premium member je... menyusahkan orang.. lepas tu bila orang complaint, tau plak nak refund.. menda macam ni.. dah ramai orang kena.. even kawan saya yang sama-sama beli voucher dinner tu pun sama-sama kena...dia ni lagi best.. sampai ke sudah streetdeal.my ni tak angkat phone... kalau sampai ke sudah tak angkat phone memang nak kena report polis laaa....

so korang.. berhati-hati.. tak semua yang diskaun tu sebenarnya diskaun.. ada hidden charge disebalik DISKAUN tu...


I BANNED STREETDEAL.MY


till then, tatababai

What's New

15 comments:

  1. hello, may i know at last do u get back ur money MYR 149 ??
    coz this juz happen to me...sad

    ReplyDelete
  2. hi Ginna,
    did you call back the streetdeal to cancelled the transaction? make sure you follow up with them ya...

    feel sorry for you too.. they should change the system or they will make everybody mad with them.

    ReplyDelete
  3. Duit refund tu dah dapat dah? Saya baru kena tadi.

    ReplyDelete
  4. Hi Ahzman,
    dah dapat.. tapi nanti awak kena selalu follow up dengan dorang tau..

    ReplyDelete
  5. Hi Anil, saya pun kena tipu. Dah bayar tapi tak dapat barang...dah 2 bulan lebih.
    Saya hanya ada email mereka. Macam mana lagi nak contact mereka? Do you have their contact number?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi yoga,
      you may contact them via email or phone as below :

      +603 6201 9699 or at info@streetdeal.my.

      Delete
  6. i pun kena juga potong duit sebanyak rm149 dekat kad debit saya
    tapi dya orang punya contact number tak boleh call ya
    +603 6201 9699 ini kan ?
    boleh dapat balik tak duit RM 149 Itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. should be bole refund. dulu masa i kena, i memang call sampai dapat. tapi yang sekarang ni, dorang hide dorang nye contact no kan.. tapi dia provide emel. i heard dari a few readers, dorang tak reply pun emel bila kita buat aduan.. so, lepas ni kena berhati2.. i memang terus blacklisted streetdeal tak beli pape lagi kat dorang

      Delete
  7. Tq for sharing the info, baru sat ni gatal nak beli barang, tp sambil tu tangan ni gatal g bukak semua link yang related, nampaknya x jadi la amik barang kat streetdeal ni...

    ReplyDelete
  8. Tq for sharing the info, baru sat ni gatal nak beli barang, tp sambil tu tangan ni gatal g bukak semua link yang related, nampaknya x jadi la amik barang kat streetdeal ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinie,
      boleh cuba kat groupon.my atau ensogo.com.my.. groupme.my pun okey.. kadang kat streetdeal tu nampak macam murah.. tp sbb dh penah kena kes macam ni.. serik jadiknya nk beli kt dia..

      Delete
  9. sy baru check kredit kad..ada transaction sebyk RM168.39 utk Streetdeal. seingat sy mmg x pernah amik barang dgn streetdeal utk thn 2015 ni. cuma sekali jer penah la terbeli brg kat sini tp tu awal thn 2014.

    ReplyDelete
  10. Hi aka, nak tanya aka dapat refund streetdollar or they reversed the transaction? I baru lepas call them and they asked for 3 working days..I just realize I kena charge 2 kali.

    ReplyDelete
  11. I try to call those number but cannot get it.. Is it the correct number..? 0362629699 / 0362019699

    ReplyDelete
  12. Hati2 penipu 11st ni,sy baru kena..dlm tu offer smpi 90%,sy 1st time beli online,teruja trus beli guna debit kad...dlm tu offer jam g-shock original,tp yg smpi jam jenama china SKMEI nmenyer!!jadah penipu...klu jam mcm tu pasar karat byk!

    ReplyDelete

Thanks for your support