Skim Perubatan MADANI

Assalammualaikum

Korang tau tak tentang Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI merupakan usaha baharu Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu golongan bawah umur 40 tahun mendapatkan rawatan kesihatan yang penting seperti rawatan ringan di klinik (Rawatan Pesakit Luar Kes Akut). So, manfaat utama skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. 


Dalam skim ini, orang ramai yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh pergi ke klinik swasta di Skim Perubatan MADANI, dan mereka tidak perlu membayar satu sen pun untuk rawatan, jadi secara asasnya ia sangat membantu untuk golongan yang kurang berkemampuan.  Jadi, secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kerjasama antara kerajaan dan swasta khususnya dalam penyediaan Rawatan Pesakit Luar Bagi Kes Akut.

Dimana lokasi liputan Skim Perubatan MADANI?

Bagi fasa rintis Skim Perubatan MADANI, sepuluh (10) daerah yang disenaraikan dipilih berdasarkan peratusan tinggi golongan B40 yang tinggal di kawasan bandar (miskin bandar). Selain itu, daerah-daerah ini juga mencatatkan kadar kehadiran yang tinggi di kemudahan KKM berbanding daerah-daerah lain di Malaysia.

Ia akan bermula di beberapa daerah antaranya Johor Bahru (Johor), Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). 

Kenapa kelayakan hanya untuk golongan B40?

Ini kerana kos penjagaan kesihatan yang tinggi memberi kesan serius kepada status kewangan golongan ini. Oleh itu, bagi mengelakkan Kumpulan B40 daripada terbeban mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut.

Melalui Skim Perubatan MADANI, rawatan bagi simptom-simpton ringan seperti terseliuh, demam dan selesema dapat dirawat tanpa menunggu lama. Namun begitu, bagi rawatan seperti imunisasi, saringan kesihatan dan perancangan keluarga adalah terkecuali daripada skim ini. Sehingga Disember 2023, ia dibahagikan kepada 3 kategori dengan jumlah manfaat yang berbeza dari RM75 sehingga RM250. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk pada infografik yang aku dah sediakan di bawah.


Siapa Penerima Yang Layak untuk Skim Perubatan MADANI?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Rahmah adalah keluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Mereka MESTI membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA apa-apa faedah yang serupa atau serupa dengan Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.


Jadi, jika korang layak dan memenuhi kriteria untuk Skim Perubatan MADANI ni, korang boleh mulakan dengan menyemak dulu kelayakan dan kemudian boleh mendapatkan rawatan dengan PERCUMA di mana-mana klinik terpilih. 

Semak kelayakan di sini : Semakan Skim Perubatan MADANI

till then

Post a Comment

0 Comments