Fakta atau Auta : Rawat Selulit Guna Essential Oil?

Assalammualaikum 

Selulit ataupun stretch mark merupakan sesuatu yang biasa berlaku kepada lelaki dan juga perempuan.

Walaupun perkara ini tidak selalu diperkatakan di khalayak umum, sebenarnya ramai individu yang mempunyai stretch mark.

Stretch mark bukanlah sesuatu yang memalukan. Jika anda mempunyai tanda ini pada punggung, peha ataupun payudara anda, percayalah anda bukannya berseorangan.

Walaupun ramai yang anggap penyebab utama selulit ialah kesan sampingan daripada melahirkan anak, anda harus betulkan tanggapan tersebut.

Selulit juga boleh terjadi kepada anak dara yang baru lepas mengalami akil baligh.

Masalah ini bukan terhad kepada wanita, tetapi berlaku kepada lelaki juga. Oleh itu, jangan anggap kaum adam tidak ada masalah selulit ya!

Selain itu, penyebab lain selulit termasuklah penurunan atau peningkatan berat badan secara mendadak. Ahli bina badan juga berisiko untuk alami selulit.

Pada awalnya, selulit akan berwarna ungu kemerah merahan. Tetapi, lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi warna putih ataupun menjadi pudar.



Macam² cara digunakan untuk menghilangkan selulit. Ada yang sanggup berhabis duit untuk membeli minyak pati yang dikatakan berkesan.

Namun, sejauh mana keberkesanan produk yang mengandungi essential oil ini?

Disebabkan stretch mark sukar untuk dihilangkan, ramai yang mula mencuba pelbagai jenis krim, minyak dan juga rawatan di klinik kulit dengan harapan dapat mengurangkan kesan selulit pada badan.

Tapi, adakah penggunaan essential oil ataupun minyak pati berkesan untuk menghilangkan selulit?

Jawapannya ialah – mungkin.

Boleh jika anda masih ingin menggunakan essential oil dan sapu pada bahagian kulit anda yang berselulit.  Namun, ia mungkin tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap badan anda.

Namun, anda boleh amalkan krim dan juga essential oil untuk melembapkan kulit anda. Selulit dapat dielakkan jika anda sering melembapkan kulit SEBELUM anda mengalami stretch mark.

Namun, kenyataan di atas juga mungkin bukan 100% benar bagi semua orang.

Penyebab utama selulit ialah masalah genetik. Oleh itu, jika ibu atau bapa anda mempunyai selulit, kemungkinan besar anda akan turut alami benda yang sama.

Sebagai alternatif, anda boleh cuba bersenam dan makan secara sihat. Walaupun kedua-dua cara ini juga tidak dapat menghilangkan selulit, ia dapat mengurangkan kesan parut pada badan anda.

Sebagai contoh, senaman boleh buatkan kulit anda lebih tegang dan otot terbentuk dengan lebih cantik. Ia akan buatkan selulit anda jadi kurang ketara dan sedikit pudar.

Jika anda masih mahukan rawatan untuk selulit, anda boleh berjumpa dengan doktor kulit berdekatan anda untuk dapatkan nasihat yang lebih lanjut.

till then

Post a Comment

0 Comments