Gejala Athlete's Foot / Tinea Pedis
Sebenarnya, Athlete's Foot ini disebabkan oleh jangkitan kulat antara jari kaki dan kaki. Gejala yang paling biasa adalah :
a) merah dan rasa gatal-gatal pada kawasan jangkitan
b) rasa menyengat dan merengit
c) warna kulit berubah dan kuku kaki mudah pecah
d) kulit mengelupas, melepuh
e) mengalami pendarahan kulit diantara jari kaki atau sisi kaki
f) dan ianya mudah berjangkit sekiranya penderita Tinea Pedia tidak mencuci tangan setelah menyentuh kulit yang dijangkiti
Ini memang tak tipu punya sebab Keknil sendiri telah mengalaminya.
Sumber : Google
Bagaimana ia terjadi?
Tinea Pedis ini terjadi bila kawasan kaki tersebut lembab dalam tempoh yang lama macam kaki atlet tu. Lama sangat pakai kasut, semasa berlari, bermain bola dan sebagainya. Bila buka kasut, buka stoking. Ya ampun baunya. Ehhh.. maksudnya peluh² yang keluar di kaki tu.. kena kat stoking.. lepas tu, stoking serap peluh.. then dengan kasut tertutup lagi.. Haa.. itulah yang menjadikan fungus tu terjadi.
Selain itu, kalau kita ambil wudu'tapi tak lap kaki selepas ambil wudu'tu, terus solat.. lepas solat terus pakai stoking, pakai kasut. Turut menjadi punca terjadinya Tinea Pedis ni.
Penghidap kencing manis juga yang tidak mengawal paras gula kena lebih berhati-hati kerana ia turut membantu pembiakan tinea pedis dan simptopn yang akan dialami akan menjadi lebih teruk.
Makanan laut seperti sotong, udang dan belacan juga akan memburukkan lagi simpton Tinea Pedis ni. Jadi, perlu lebih berhati-hati dalam pemakanan mahupun penjagaan diri.
Tips Pencegahan Tinea Pedis
1. Amalkan pemakaian stoking apabila memakai kasut.
Sekiranya korang suka pakai kasut untuk kemana-mana sahaja, amalkan pemakaian stoking. Jangan terus sarung je kaki tu masuk dalam kasut ye, sebab itu membuatkan kasut korang berisiko lembab dan kurang serapan peluh. Kebersihan stoking juga perlu diambil kira dengan menukar stoking setiap hari.
2. Memastikan kasut tidak lembab.
Jemurlah kasut anda seminggu sekali di tengah panas atau mungkin boleh gunakan arang untuk menyerap bau dan kelembapan pada kasut. elakkan memakai kasut yang basah kerana itu akan meningkatkan lagi pembiakan fungus pada kaki.
3. Gunakan deodorant pada kaki dan celah jari kaki.
Ada je kat kedai deodorant untuk kaki kan. Boleh beli kat kedai dan sembur di kaki untuk mencegah kaki dari berpeluh. Sedangkan ketiak pun berpeluh, inikan pula kaki.
4. Bersihakn tempat berisiko dengan 'baking soda'
Taburkan serbuk 'baking soda' pada tempat berisiko seperti bedak. Ataupun korang boleh buat larutan pekat 'baking soda' dengan campuran sedikit air bersih ala-ala bedak sejuk Mak Cun tu, kemudian sapuka pada tempat berisiko. Dan jangan lupa lepas 15 minit, bilas kawasan tersebut dengan air bersih dan jangan lupa untuk lap sehingga kering dengan air bersih, okey
5. Gunakan agen disinfectant seperti Dettol untuk mencegah bahagian dalam kasut dari jangkitan fungus.
Ia boleh dilakukan 2 kali seminggu dengan mengelap bahagian dalaman kasut dengan tuala yang dibasahkan dengan Dettol. Mencegah lebih baik dari dah terkena kan. ^_^
6. Amalkan tabiat menukar kasut setiap minggu
Seminggu sekali, tukarlah kasut anda. Tak salah ada 2-3 pasang kasut dan tukarkan setiap minggu. Minggu ni warna merah, minggu depan warna biru, minggu tulat warna hijau. Minggu seterusnya tukar balik warna merah. Ini untuk mengelakkan bahagian dalaman kasut menjadi terlalu lembab.
Tips Rawatan Tinea Pedis
Tinea Pedis ni seriously sangat susah nak baik. Tapi kalau kita konsisten dengan rawatannya, Insya Allah dipermudahkan urusan kita untuk memiliki kulit kaki yang sihat semula.
1. Sapukan dengan krim antifungus seperti Clotrimazole atau Miconazole pada tempat berjangkit. Elakkan sapu krim sewaktu hendak memakai kasut kerana ia bole menyebabkan celah jari kaki memerangkap penuh dan menyebabkan tempat jangkitan menjadi lembab.
Ubat yang Keknil guna
2. Korang juga boleh cuba krim Belibextra Hydrocortisone Cream untuk kurangkan radang, merah dan kegatalan pada kawasan jangkitan. Gunakan juga Centrizine untuk bunuh kulat fungus tu biar dia mati tak kembali.
3. Selain itu, korang boleh sapukan krim antifungus lain seperti Betacylic dan Aecoras Oint . Mula-mula sapukan dulu krim Betacylic dan biarkan selama 5 minit. Kemudian baru sapukan Aecoras Oint diatas sapuan Betacylic tadi. Selepas sapu keduanya, biarkan kaki rest semalaman (tanpa memakai stoking atau kasut) Biasanya, Keknil sapu pada waktu malam sebelum tidur.
4. Korang juga boleh gunakan bedak antifungus seperti Tinactin dan Micatin dan sapukan pada kaki.
Harap, info ini dapat membantu korang dan boleh tolong bagi feedback berkenaan post ini. Harap dapat bantu Keknil juga la untuk membunuh fungus ni. Tak tahan juga sebab hari-hari duduk pejabat ada aircond, dan bila sejuk, mula la fungus ni bertindak merengit-rengit kaki ni ha rasa nak potong belah 18 pastu bagi la kat fungus tu buat masak lemak. Hahahaaa
gws anil.. bertabahlah ye mgnhadapi kesakitan
ReplyDeletePernah mengalami...juju tahu bagaimana perasaan tu...susah bergantung pada ubat luaran...kena mkn ubt dari doktor utk bunuh semua penyebab tu...ambil masa...once dh hilang...mcm ia akan hilang selamanya...tp nak baik...Allah...kena kesabaran yg maha tinggi.
ReplyDeleteUik biar betul Anil..takut plak SA tgok gambar2 tu..cepat makan ubat..cepat baik eh...
ReplyDelete