12 Perkara Yang Tidak Disangka-sangka Sempena Jualan Ulangtahun Shopee

Assalammualaikum

Jualan 12.12 Sempena Ulang Tahun Shopee baru sahaja berakhir. Jadi, berapa banyak korang dah berbelanja di Shopee? Haa.. mesti banyak kan.. Jadi mesti korang juga turut berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang diadakan di Shopee tu.. Heheheh...

Keknil nak share sikit dengan korang, apa yang terjadi pada jualan 12.12 sempena ulang tahun Shopee yang lalu. Jom follow rapat-rapat manalah tahu tahun depan nanti lebih banyak jualan murah dan promosi Shopee sempena ulang tahunnya yang ketiga pulak.. Ni namanya, orang lain yang sambut hari jadi, tapi kita yang dapat hadiahnya.. Ehh..



Apa yang Keknil nak kongsikan adalah tentang 12 perkara yang terjadi sepanjang jualan 12.12 Shopee Malaysia.

1) Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas
2) Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas
3) Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons
4) Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam
5) Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000
6) Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa
7) Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit
8) Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual
9) Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee
10) Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20
11) Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km - dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor
12) Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit

Hahh.. Keknil nak sangat tau sape la yang shopping sebanyak RM15,000 tu dalam satu transaksi. Bestnya.. Mesti penuh barang-barang dalam rumah dia dengan hasil jualan di Shopee kan.

Tapi bagi korang yang masih menunggu gaji macam Keknil, jangan risau. Korang masih berpeluang untuk untuk memenangi percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 kerana kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2017. Jadi masih ada masa lagi untuk korang membeli belah di Shopee. Senang je, Keknil dah cerita dalam entry yang lepas macam mana nak menang kan. Mana tau rezeki korang.. Eh.. kot la rezeki Keknil ke.. mana tau.. tetiba menang pegi Hawaii.. Hahaha..

Shopee juga sedang mempergiatkan promosi kembali ke sekolah, jadi korang boleh gunakan peluang ini untuk membeli belah barangan sekolah anak-anak seperti alat tulis dan buku. Manakala kedai rasmi seperti Stabilo, Pilot, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucer untuk pembeli. Jadi ini peluang korang untuk mendapatkan barangan sekolah dan pada masa yang sama, boleh dapatkan Shopee Coin untuk diskaun pembelian pada masa akan datang. ^_^

Untuk maklumat lanjut, sila layari 

Laman Web : www.shopee.com.my

till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments