Menyelurusi Keunikan Negeri Johor dengan Traveloka !

Assalammualaikum

Baru-baru ni, adik Keknil yang kat Johor tu ada tanya... bila nak datang Johor? Keknil hanya mampu tersenyum. Lepas tu adik yang lain pula cakap.. asik pegi luar negara je.. kat dalam negara ni banyak lagi tempat boleh explore..sentap makcik ! Hahahahaha

Kali terakhir Keknil je Johor Bahru adalah pada 3 tahun lepas.. semasa majlis konvokesyen Keknil di UTM. Fuhh.. memang mencabar juga la.. dah la masa tu time pilihanraya umum. Lepas je mengundi, terus bergerak ke Johor. Masa konvo trip ni la Keknil sedar, banyak rupanya tempat menarik kat Johor ni. Johor bukan sekadar tempat untuk orang melepak di Danga Bay atau pusat sehenti untuk ke Singapura. Tapi ada sesuatu yang menarik diantaranya. ^_^ Ia juga turut mempunyai jaringan jalan raya serta sistem pengangkutan awam yang baik.

Sumber : Malaysia Transport Services

Semestinya, Johor Bahru Malaysia merupakan destinasi yang ideal bukan sahaja untuk bercuti, tetapi jula untuk membeli belah. Malah Johor Bahru kini turut terkenal dengan pelbagai tempat menarik seperti Legoland dan Johor Premium Outlet (JPO). Padanlah.. kalau ke Johor ni, tak cukup 1 hari nak explore. Di JPO sahaja terdapat lebih dari 130 outlet bagi pelbagai jenama. Mau pitam shopping kat sini seharian. Paling kurang pun, mau 3-4 hari kan.. Kalau Keknil nak book hotel, haruslah book hotel bajet in JB kan ! Memang tidak dinafikan, banyak hotel in Johor Bahru tetapi Keknil kenalah pandai pilih hotel yang sesuai dengan bajet dan bilangan ahli keluarga Keknil yang tiga orang ni.. yang pastinya, Johor sangat terkenal dengan The Unique Hotel Johor Bahru. Nak tau apa yang unik tu? Hahhh.. scroll lagi ke bawah.. ^_^


Booking hotel dengan Traveloka sangatlah mudah. cuma perlu pilih destinasi dan masukkan nama hotel yang ingin ditempah, masukkan tarikh penginapan dan senarai pilihan hotel serta harga bagi setiap bilik akan dipaparkan. Bila dah selesai pilih hotel, proceed dengan bayaran dan masukkan promo code yang diberi untuk menikmati diskaun yang hebat.




Bagi trip ke Johor Bahru Keknil kali ni, walaupun tujuannya adalah untuk jalan-jalan cari makan.. tapi Keknil tetap akan cari hotel yang memeuhi kriteria family Keknil.

Hotel yang Keknil pilih perlu memenuhi kriteria seperti dibawah :

1. Swimming pool - sebab Iman suka sangat mandi kolam. Anak gembira, ibu bahagia.

2. Gym - amboi.. sejak dua menjak ni cari gym je la kan. Ye la.. dah trip JJCM, haruslah kena cari tempat nak bakar kalori nanti.. ^_^

3. Mesra Kanak-kanak - ada sesetengah hotel yang tak membenarkan kanak-kanak menginap. Jadi Keknil perlu pertimbangkan ini juga. Nanti dah bayar, tiba-tiba tak boleh menginap pula. Kan rugi !

4. Bilik Besar - nampak macam tamak tak berapa nak bajet kan.. tapi ini penting sebab Keknil bertiga.. bukan travel solo.. jadi bila travel bersama family, ini antara perkara yang Keknil pertimbangkan.

5. Tempat menarik berdekatan - ini juga penting, bila travel bersama anak, seboleh-bolehnya Keknil nak cari hotel yang easy access. Dekat dengan segala macam tempat menarik dan kemudahan. Jadi selain dapat jimatkan masa, juga dapatkan jimatkan tenaga dan wang. ^_^


fuhh.. ini mama Iman pun suka ni

swimming pool !

ruang tamu bilik yang besar dan selesa

ruang bilik yang luas serta pemandangan indah di Johor Bahru 

ruang gym yang luas

Dengan Traveloka, Keknil dapat membuat pilihan terbaik antara semua. Jadi hotel yang Keknil pilih ialah KSL Resort JB. Terletak di Taman Abad, hotel ini terletak di lokasi strategik di tengah bandaraya. Hotel ini bukan sahaja sekadar penginapan, ia juga diintegrasikan dengan taman tema dan pusat membeli belah. Semua dalam satu tau... Memang tak sabar nak bercuti hujung tahun bersama keluarga di hotel ni. Tak perlu bersesak-sesak di taman tema serta dengan bayaran tambahan. Uniknya hotel ini, Keknil boleh STAY, PLAY and SHOP dalam satu masa. Keknil baca review di Traveloka menyatakan hotel ini merupakan salah satu daripada the best hotel Johor Bahru. Fuhh... Bukan sahaja unik.. malah yang terbaik di Johor !


Berbalik kepada misi JJCM Keknil.. antara tempat menarik yang Keknil nak sangat pergi adalah Kilang Bateri. Mesti korang tertanya-tanya.. buat apa la kat Kilang Bateri nun.. ada ke tempat makan? Huhuhu.. ada... bila lagi nak feel hispter kan.. Kena cuba makan kat sini nanti.. Aumm.. Sambil makan, ada juga hiburan seperti live band oleh pemuzik jalanan atau band indie. Huhuhu

Sumber : Tourism Johor

Selain tu, Keknil nak cuba street food kat bazaar karat. Sambil makan, boleh cuci-cuci mata tengok barang-barang antik. Hihihi.. Untuk last day, nak try menu seafood kat Stulang Laut pula. Dengar kata, menu seafood kat situ segar dan murah.  Nyum nyum...

Sumber : Mai Singgah

Sumber : Johor Kaki Blog

Tazzabar nak travel ke Johor ! Kalau korang ingin nak stay kat mana-mana hotel di Johor Bahru, Keknil cadangkan korang godek laman web https://www.traveloka.com/en-my untuk dapatkan tawaran harga hotel yang terbaik !




Kalau na

till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. kita balik JB duduk rumah tok je... stress... padahal bnyk tempat bestttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... akak datang JB selalu touch n go je.. kali ni datang nak explore pulak.. huihuiii

      Delete

Thanks for your support