Makan Seafood Dari RM70 di My Story Cafe, Kota Kemuning

Assalammualaikum

Bila bercerita tentang tempat makan yang sedap dan murah.. tak mudah nak mencarinya. Kadang-kadang, berpusing satu daerah semata-mata nak mencari kedai makan yang kena dengan selera, tapi penghujungnya, masak sendiri kat rumah. Hehehe.. Itu yang selalu terjadi pada Keknil.

Daerah Shah Alam ni bukan asing bagi Keknil.. selain dekat dengan kampung halaman, daerah ini juga cukup terkenal dengan pelbagai kedai makan dan gerai yang bukan sahaja sedap, tapi murah !


Di sini Keknil nak share dengan korang satu tempat ni.. terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, cukup dekat dengan kampung Keknil. Kalau dari rumah parent Keknil, 10 minit je dah sampai.

Seiring dengan namanya, My Story Cafe, Kota Kemuning yang bukan sahaja menawarkan hidangan yang enak, tetapi ia juga mesra kanak-kanak malah terdapat ruangan khas bagi anak-anak yang ingin bermain. Jadi, ibubapa boleh makan dengan tenang tanpa perlu risau anak-anak bermain diluar pandangan mata. Terdapat juga ruangan mini perpustakaan yang terdapat pelbagai genre buku untuk anak-anak membaca. Takde la dorang boring sangat.. Maklum la.. kadang kita yang dewasa ni lepas makan dengan anak-anak, nak sembang pulak.. nak makan dessert la.. So, semuanya boleh dilakukan dengan tenang kat sini.. ^_^

Jom ikut Keknil jelajah exterior dan interior My Story Cafe, Kota Kemuning ni !

  


interior cafe

interior cafe

Ruang Untuk Anak-Anak

 ruangan untuk anak-anak






Rekaletak Perabot yang Kemas

susun atur meja yang kemas

your story at My Story Cafe



 

dekorasi

pelbagai pilihan dessert


terkenang masa lalu


kaunter utama

Dekorasi Dalaman yang Menarik

dekorasi dinding

lagi dekorasi dinding








Rasa tenang je bila tengok rekaletak dalaman cafe ni.. Nak makan pun rasa selesa dan tenang.. Kami dihidangkan dengan menu Jari Comot yang mana hidangan ini menggunakan seafood sebagai bahan utama. Hahh.. nak sangat rasa jari tu comot ketuk-ketuk ketam, kopek kepah, kopek udang.. Boleh la cuba.. Setiap hidangan bagi Set Jari Comot ini dimasak secara berasingan. Jadi bila dihidangkan di atas meja, kombinasi rasa tu.. Fuhhh.... rasanya tu masih melekat lagi di setiap jari jemari Keknil. Rasa nak kunyah je jari ni.. Aummm... Setiap hidangannya di masak segar dari dapur, kita order pukul 2 petang.. terus dia masak dan lepas angkat dari kuali, terus dia hidangkan panas-panas dari bekasnya. Jadi setiap hidangannya bila sampai kat kita, masih panas dan masih melekat bau kuali tu.. Hhahha.. 

Dah rasa terliur ke? Meh Keknil nak buat korang lebih terliur dengan menjamu mata korang dengan Set Jari Comot yang kami nikmati tempohari.. Keknil yang tengah menaip ni pun dok ulang-ulang telan ailio sambil hidu jari ni hahh... Kikikiii


panas-panas dari dulang

Ketam Masak Pedas


Kepah Berlada

Sayur Campur


Sotong Masak Kari

Udang Masak Lemak

Scallops



 


 
Muka tak menahan tengok seafood banyak depan mata

terkejut ek tengok banyak makanan

licin... aummmmm

Amacam? Ada tak korang telan ailio berkali-kali.. Puas makan ! Memang kekenyangan sampai tersandar la.. Bagi korang yang nak try menu Jari Comot ni.. ada banyak pilihan menu yang korang boleh buat...  Nak set untuk berapa orang? Sebut sahaja. 

Atau ada yang nak makan ketam, udang, sotong atau scallops sahaja, boleh cuba menu Jari Comot Ala Carte. Pilihan terletak di tangan korang. Cuba dulu, baru tahu sedap ke tak.. Keknil dah cuba.. Korang pula bila lagi? ^_^ 



Ada sesetengah orang tak berapa sukakan menu seafood. Gout katanya macam Keknil.. Erkk.. No worries, di sini juga turut menyediakan menu Ala-Barat. Menariknya, dengan presentation hidangan yang menarik, di sini, harganya sangat reasonable. Tak perlu bayar mahal untuk menikmati hidangan ala hotel 5 bintang. Selain itu, hidangan pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya. Durian crepe gemuk-gemuk macam Keknil.. fuhh.. puas makan. Selain tu ada brownies, dan pelbagai pilihan kek. Pilih sahaja. Jom tengok apa menu yang sempat Keknil rasa ! Aummm...


Grill Lamb

Grill Cheesy Chicken Chop

Laksa Johor

Chicken Boxing

Broenies

Durian Crepe


Caramel




Kenyang dah telan ailio? :D Bagi warga Shah Alam, Keknil highly recommended cafe ini untuk korang bersantai dan menikmati hidangan enak di sini. Boleh juga plan untuk reunion atau gathering di sini, pasti lebih meriah dan santai. Kami sudah cuba makan di sini ! Korang bila lagi? Bila korang dah cuba, jangan lupa kongsikan dengan Keknil di ruangan komen di bawah ye.. ^_^







Sebelum Keknil mengundur diri, Keknil nak share dengan korang, bila korang berkunjung untuk menikmati hidangan Jari Comot di sini, jangan lupa untuk minta Loyalty Card ini dan dapatkan COP dari kaunter bagi menikmati diskaun 10% bagi setiap kali kunjungan korang dan hidangan Jari Comot ke sini. Cukup kali ke-6 korang ke sini, korang layak untuk mendapat 50% diskaun bagi mana-mana Set Jari Comot yang korang order ! Best kan ! Dah la makan kenyang sampai tersandar, dapat pulak diskaun ! Fuh.. mana nak dapat cafe macam ni... ^_^


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm

"SHELL OUT SEAFOOD FROM RM70, MAKAN SAMPAI LEBAM SHELL OUT SHAH ALAM"

Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain        : 60 18 779 1468


till then, tatababai

Post a Comment

4 Comments

  1. Amboi....
    meriah....klu cmtu...
    kena pegi selalu la nie...

    ReplyDelete
  2. seriously cantik sungguh cafe ni uols
    deko dia sgt cumelllllllllll
    lagi2 ada tempat budak2 main alahaiii
    mau anak2 iols xmau balik ni
    plak tu menu dia superbbb je tgk
    meh sini meh sini banjer iols plak uols hehehe

    ReplyDelete
  3. memang sedappppp....nak repeattttt...hehehee

    ReplyDelete

Thanks for your support