Keesokan harinya, seawal jam 4.00 pagi waktu Bishkek Keknil dah bangun. Masih jet-lag kononnya padahal beza 2 jam je kot.. Huihuii.. Terus mandi dan bersiap dan lepas tu tunggu sunrise.. tapi sayangnya, bilik Keknil tak mengadap sunrise.. so, hanya dapat menikmati pemandangan pagi di Bishkek. Semakin cerah langit, semakin kelihatan bayangan gunung di balik awan.. Sangat menenangkan..
Pagi tu, lebih kurang jam 8.30 pagi, Keknil turun breakfast bersama-sama sahabat yang lain. Pertama kali breakfast tanpa nasi. Bajet diet la sangat kan.. ^_^ Tapi memang tak banyak pilihan makanan, yang ada hanyalah spaghetti, lamb slice, kentang rebus, kepingan ayam dan buah-buahan. Ada juga nasi tapi macam tak tau nak makan dengan apa.. Hihihi
Setiap kali waktu sarapan, mesti ada je orang yang offer sos cili, sambal hijau, sambal hitam dan macam-macam lagi.. tak kurang yang offer sambal belacan dan kicap. Kau rase? Hahaha.. Malaysian sangat kan.. Sampai tukang serve tu pelik.. amenda la yang orang Malaysia ni bising-bising tiap-tiap pagi dok jerit-jerit.. 'Sambal hijau.. sambal hitam... mari amik kat meja ni..' Meja sebelah pula bersuara, 'kicappp.. serunding... amik kat meja sini...' Meriah sangat... rindu pulak suasana macam tu.. ^_^
Travel Tips : Boleh je korang bawa bekalan sambal, sos, kicap dan serunding untuk menambah selera makan korang. Just make sure seal bekas sambal / sos / kicap tu betul-betul takut pecah pulak bila dah sampai kat sana.
Lepas sarapan, sementara menunggu nak naik bas.. apa lagi la kerja yang kita buat.. selfie la kan.. cantik exterior hotel tu.. memang luas dan boleh la sambil-sambil tunggu bas tu kita main badminton sepam dua..
Tepat jam 9.00 pagi.. kitorang pun naik bas dan menuju ke destinasi pertama kami iaitu Ala Archa National Park. Terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Bishkek, kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau dan gunung ganang yang indah sepanjang perjalanan kami ke sana. Nak pejam mata sekejap pun, lahai.. rasa sayang sangat sebab pemandangannya terlalu indah. Dalam perjalanan kami ke Ala Archa, kami ternampak sebuah Lomousine yang sedang parking di hadapan sebuah dewan. Punya la jakun tengok Limousine panjang-panjang depan mata kan.. Zeinab yang perasan kitorang dok kecoh-kecoh terus bagi tau, adat kat sini, kalau orang kahwin, memang dorang akan sewa Limo.
Kitorang pun sibuk laa tanya bape harga Limo tu kalau nak sewa.. Hahaha.. Gigih sangat kan.. Kitorang buat plan nak sewa Limo tu untuk shopping kat pasar esok hari, tapi semasa merancang tu, Farra bagi cadangan.. dari kita buat keje tak senonoh pegi pasar naik Limo.. baik kita sewa Limo untuk pergi official dinner esok kat Supara. Haaa.. terus la kami semua setuju dan Zeinab akan uruskan perkara tu. Fuhh.. lega untuk satu hal.. Gigih ni nak naik Limo kan.. Hahh.. tu kita cerita untuk Day 3 nanti.. ^_^
Limousine untuk disewa
Sepanjang perjalanan ke Ala Archa, kami disajikan dengan pemandangan yang super awesome. Terkunci mulut ni seketika dan suasana menjadi senyap seketika tatkala semua orang dalam bas sibuk menikmati pemandangan indah di kiri kanan bas. Kalau tanya Keknil, apa yang menarik sepanjang perjalanan ke Ala Archa.. korang akan disajikan bukit bukau dan gunung ganang.. cantik tau.. Dalam bas tu, korang duduk la sebelah kanan ke kiri ke.. dedua pemandangan tetap awesome. Di kanan bas, korang akan dapat pemandangan bukit bukau dan sungai.. manakala di kiri bas, korang akan nampak pemandangan bukit bukau, sungai dan gunung ganang, Awesome kan..
pemandangan luar bas yang cantik
pemandangan luar bas yang cantik
Beberapa ketika kemudian, kami sampai di pintu masuk Ala Archa. Kat sini boleh ambil gambar dan pemandangannya toksah cakap la.. memang cantik ! Di sini terdapat lebih dari 20 buah glasier , 50 puncak gunung dan 2 buah sungai yang terhasil dari glasier yang mencair. Ala Archa ni dikenali ramai orang pendaki gunung. Malah ketika kami sampai, ramai pendaki yang sedang menuju ke dalam taman negara ni.
Travel Tips : Entrance fee untuk masuk ke dalam Ala Archa ini adalah 120 Som (lebih kurang RM7.30)
Ala Archa entrance
trek yang ada di Ala Archa
macam lukisan kan
awesome gile tempat ni
Selepas puas bergambar, kami sambung naik bas dan masuk ke dalam Ala Archa National Park. Bila dah masuk dalam ni, pemandangan dia akan menjadi super awesome lagi. Masa ni dah boleh nampak gunung ganang di kiri dan kanan. Dan sungai yang mengalir deras yang airnya dari glasier puncak gunung.
Travel Tips : Untuk ke sini, boleh menaiki mini bas (mashrutka) atau kalau korang datang berkumpulan, boleh la sewa van.
Travel Tips : Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Ala Archa seperti trekking, hiking, camping, piknik. Dan kalau korang tahan sejuk, boleh la mandi puas-puas dengan air glasier yang mengalir tu.
Tandas di Ala Archa
Travel Tips : Ada tandas disediakan tapi tak banyak. Tandas percuma di dalam restoran manakala tandas berbayar di luar dengan bayaran 10 Som (lebih kurang 60 sen) Jadinya, sebelum korang trekking atau hiking, sila ke tandas dulu ye. Jangan lupa bawa wet tissue atau botol berisi air untuk kemudahan ketika di dalam tandas. ^_^
Turun je dari bas, kami diberikan sedikit taklimat oleh Chef Romzi. Fuhh.. like a boss la chef. Memang semua orang gerun dengan dia. Gerun bukan sebab apa.. sebab dia jaga kita elok sangat.. dia takmo bagi kita sesat.. Rindu pula dengan gurauan Chef Romzi. Hahaha..
Kalau ikutkan, aktiviti kitorang kat Ala Archa ni adalah trekking sampai ke tanah landai sungai glasier tu.. tapi ada juga yang bercadang nak stay je kat bawah.. takmo trekking.. itu pilihan masing-masing.. sebab kat bawah pun pemandangan dia awesome juga.. Cuma Keknil yang fefeeling muda ni.. dah alang-alang sampai kan.. kita trekking je sampai atas.. kata dah pergi exercise, lompat-lompat kan.. patut takde masalah la kalau setakat trekking macam ni.. Ewahhh...
Ada trekking road disediakan.. jangan risau dan untuk trekking sampai ke kawasan tujuan tu adalah sejauh 1.2km dalam lebih kurang 20 minit sahaja.. Tapi bagi kitorang yang kejap-kejap selfie.. kejap-kejap wefie.. pastu berhenti kejap amik gambar... berhenti kejap main air... 1 jam rasanya kitorang trekking baru sampai ke destinasi.. Hahaha.. Rugi jalan laju-laju kalau tak menikmati pemandangan dan udara segar kannn...
Kalau diperhati, banyak pokok-pokok Lavendar liar yang tumbuh bebas kat kawasan tu.. memang cantik dan rasa nak kaut pokok tu bawa balik bagi souvenir kat korang sorang sepokok.. Hahaha.. tapi apakan daya.. bagi menjaga kawasan tu, semua aktiviti tu tak dibenarkan.. So, kita cuma menikmatinya sahaja.. ^_^
yurt
lavender
selfie satu kali
selfie berkali kali
pokok menyerupai perkataan Allah
pemandangan ketika trekking
gigih sangat trekking pakai skirt.. Kah !
rasa nak terjun dalam sungai tu
fefeeling retis
Gerua !
Gerua atas jambatan pulak
Travel Tips : Dari tempat trekking, ada air terjun yang cantik tau.. tapi jauh la nak trekking sebab jaraknya dalam 7km. Jadi bagi korang yang nak trekking ke air terjun, maklumkan dulu pada tour guide korang sebab jalannya menghala ke hutan. Takut nanti tak jumpa air terjun, tapi jumpa lain pula. Rancang perjalanan korang okey.. ^_^Lepas penat trekking.. dekat 2 jam juga la kitorang habiskan masa trekking dan menikmati pemandangan.. kitorang pun turun ke bawah dan menikmati makan tengahari di Hotel Ala Archa. Masa ni semua memang lapar la.. mau tidaknya, dah trekking sampai ada yang cramp kaki.. Jadinya masuk je dalam dining room ni.. memang terus ngap je la.. tak sempat nak tunggu semua sampai.. Hahaha
Travel Tips : Korang yang nak trekking / hiking, Keknil galakkan korang buat persediaan awal.. tak perlu masuk gym bagai sebab nak trekking / hiking. Korang cuma perlu buat latihan berjalan sahaja. Ini untuk menguatkan kaki dan mengelakkan otot korang terkejut bila buat aktiviti ni nanti. Aler.. jalan kaki depan rumah pun boleh.. pusing-pusing satu taman.. sambil-sambil singgah rumah jiran gosip sekejap sambil minum teh. ^_^
lunch.. mee ni sedap sangat.. ni baru appetizer tau..
Korean Salad
ready for lunch
macam biasa.. buah mesti ada... dan buah-buah kat sana sangat manis
ini rasanya macam cakoi.. sedap bila dicicah dengan madu / jem
keropok.. maniss..
menu utama.. Kentang dan Kambing.. Marvellous
Puas makan kat situ.. Kemudian.. kitorang ke naik bas untuk piknik pula... Ehhh.. baru lepas lunch.. dah nak piknik plak.. Apa kes?
Hahh.. kat sini keje kitorang memang makan saje... Ko bajet datang sini boleh diet kann... tapi memang tak laa.. makan cukup dari pagi sampai malam.. siap bawak bekal lagi.. Kau hado? Tak sempat mak nak kuruss... Hahahaha
Lokasi tempat piknik adalah lebih kurang 600 meter je dari tempat makan tadi.. tapi sebab perut memasing dan kenyang.. kita naik bas juga la kan.. Hahahah... masa kitorang sampai tu.. family Zeinab tengah loading barang-barang nak masak.. Apa? Masak? Makan lagi? Kenyang lagi ni weiii.. Gituuu... Dah siap masak nasi 2 periuk... Cuma perlu BBQ ayam dan kambing jer..
Masa ni, bagi yang nak menunaikan solat.. ada pondok disediakan.. dan memang indah kau solat di pondok berdindingkan lukisan alam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. Gurindam air sungai yang mengalir dan suara alam menghiasi suasana.
Kami bentang tikar dan sama-sama bergotong royong menyediakan bahan untuk BBQ. Ada yang potong buah dan ada juga yang berehat dan baring menikmati alam.
Travel Tips : Sediakan botol untuk mengambil wudu' sebab punca air adalah dari sungai glasier tu tau... Sejuk ya amat..
ruang solat
bentang tikar, dan baring... boleh la nampak squirrel melintas
potong buah
buah epal dan plus.. semua manis
plum albino.. Sebab kaler dia putih. Manis dan sedap sangat
cucuk-cucuk untuk BBQ
ready to bakar bakar...
bakar time
cili dia.. besar gile...
tunggu nak hidang... aummm...
bakar bakar siap !
punye la gigih family Zeinab ni mengapak.. luhur sungguh hati dorang...
kat sana takde peti sejuk.. jadi nak sejukkan buah, air dan makanan seme.. dorang letak je kat dalam sungai tu.. sejuk dia macam baru keluar peti ais tauuu..
siap untuk di makan
bersama family Zeinab yang berusaha memasak utk kami.. miss all of you.. ^_^
Travel Tips : Sekiranya korang tak bercadang untuk stay di Ala Archa.. Korang perlu keluar dari situ sebelum jam 6.30 petang. Atau kalau berjalan kaki keluar dari Ala Archa ke entrance dia tu sejauh 12km untuk mendapatkan teksi. Memandangkan situ adalah kawasan pergunungan, jadi memang amat sejuk. Rancang perjalanan korang ye..
Perjalanan balik memang sangat memenatkan. Yelah.. seharian kami melakukan aktiviti kan.. So, ada yang tidur dan tidak kurang yang bersembang.. Macam Keknil.. Keknil lebih suka menikmati pemandangan di luar.
Sesekali Zeinal bercerita tentang kehidupan masyarakat di sini. Kos sara hidup di sini yang murah tetapi tetap ada pros dan cons nya.
Travel Tips : Di Bishkek, ada perkhidmatan ala Uber / Grabcar, cumanya, korang just tahan mana-mana kereta untuk ke satu-satu tempat. Macam Zeinab cerita, kalau rasa nak naik Mercedes, tahan ke Mercedes.. Nego harga tambang dan proceed sampai ke destinasi. Kalau rasa nak naik BMW, tahan BMW dan ulang proses yang sama. Pemilik kenderaan akan gunakan duit yang korang bayar tambang tu untuk topup minyak. Menarik kan.. Nanti boleh cuba.. ^_^
Kalau korang nak beli kereta kat sini, murah sangat sebab takde tax. Korang boleh beli BMW / Mercedes dengan harga paling murah USD4,000 by CASH! Dan kalau korang nak jual balik kereta tu, korang boleh jual balik dengan harga yang sama. Oleh kerana industri automotif belum lagi berkembang di sini, jadi kebanyakan kereta kat sini adalah buatan Jerman. Kalau tengok kat atas jalan, banyak kereta buatan Jerman bermaharajalela. Fuhh.. teruja nak beli kereta kat sini.. hahaha
Begitu juga dengan rumah, kalau beli CASH, murah sangat dalam RM150k sahaja. Tapi.. kalau beli guna loan bank.. Terus harga meningkat sebab interest rate dia dalam 8%-15%. Sebab tu orang kat sini lebih suka beli barang secara CASH. Kaya sangat kan dorang ni..
Walaubagaimanapun, menurut Zeinab, walaupun dorang ni nampak je macam kaya.. tapi sebenarnya dorang ni tak banyak spend duit di luar. Kebanyakan dari mereka ada ladang dan kebun sendiri.. jadinya, hasil kebun dorang digunakan untuk menyara kehidupan secara sampingan. Bagi mereka yang bekerja pula, kalau gaji kita kat Malaysia ni, minimum RM1200 kan.. kalau kat sana.. dah jadi orang kaya dah... See.. nampak tak perbezaannya.. walaupun negara dorang masih dalam proses pembangunan, tetapi dorang kaya dengan adat budaya dan warisan tersendiri.
Penat woiii.. lagipun nak jaga muka juga.. esok kan ada official dinner... Excited pula nak cerita kat korang pasal aktiviti esok.. Lebih-lebih lagi tentang official dinner di Supara. Hihihi.. Sebenarnya excited nak cerita pengalaman naik Limousine kann.. kann.. Hahhaha.. Stay tuned ya.. !
sunset
till then, tatababai
13 Comments
Bestnya Anil dah sampai sana..jeles tau..setahun berapa kali terbang ni...SA suka sebab boleh belajar budaya org...
ReplyDeleteye betul.. tujuan pergi ke negara orang sebab boleh belajar budaya dan explore nature dorang.. yang mana yg positif.. kita bawa balik.. yang negatif kita tinggalkan.. ^_^
Deletecantiknya lahai.. bestnyeee.. benarlah,jauh berjalan,luas pemandangan..terima kasih sudi kongsi pengalaman..Indah ciptaan TUHAN ni kan..
ReplyDeletecantiknya lahai.. bestnyeee.. benarlah,jauh berjalan,luas pemandangan..terima kasih sudi kongsi pengalaman..Indah ciptaan TUHAN ni kan..
ReplyDeletebetul tu.. ^__^
Deletebest nya kak anil.. next time ajak yanie pergi tau...
ReplyDeletewww.yanieyusuf.com
insya allah... ^__^
Deleteoh my...im jeles.....hahah nak pegi jugakkkk
ReplyDeletemohon pergi.. you'll be amazed ! ^_^
DeleteCantiknya kak.. Mcm lukisan n mcm yg duk tgk dlm tv.. Makan pon sedap2.. Mst segar buah dia kan..
ReplyDelete>>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<
kan.. makan dia marvellous.. pemandangan dia.. fuhh... tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
DeleteHi sis, blh share budget keseluruhan? Thanks
ReplyDeletehi,
Deletesaya ambil pakej sis. pakej dah all in. expenses kt sana saya cuma bawa USD100 sahaja untuk keseluruhan trip. ^_^
Thanks for your support