Citarasa Ramadhan Pengikat Selera Hotel Bangi - Putrajaya

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. Ramadhan pertama Keknil anak beranak dah berjaya harungi dengan jayanya. Walaupun dalam keadaan demam yang agak teruk jugalah, dari Keknil.. berjangkit ke encik suami.. lepas tu Iman pula.. Haihh.. memang dugaan yang agak berat dalam menyambut puasa kali ini.











Dalam pada itu, syukur juga kerana kami sekeluarga dijemput untuk meraikan Ramadhan pertama dengan sajian istimewa dari Hotel Bangi-Putrajaya yang bukan sahaja menawarkan citarasa tradisional, tetapi juga menu oriental dan bakar-bakar. Apalah ada pada buffet ramadhan tanpa kambing goleknya kan.. Pendek kata, semua menu yang terhidang di sini.. semuanya menarik tertarik dan membuatkan selera kami bertambah-tambah...







Istimewanya di sini, setiap suapannya penuh dengan rempah ratus dan sos yang disediakan khas oleh chef terkemuka di sini. Pasti tak menyesal mencuba !

Bagi pengunjung yang menikmati buffet Ramadhan di sini, anda juga berpeluang untuk menyumbangkan sebanyak RM3.50 kepada Islamic Relief Malaysia. See, bukan saja korang dapat menikmati hidangan yang enak-enak semasa berbuka puasa, tapi juga dapat menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan.. ^_^

Dengan ruang berbuka puasa yang luas dan selesa, Keknil pasti, korang dapat menjamu selera dalam keadaan yang santai. Turut disediakan surau bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dan kembali menikmati hidangan di Cafe Lavista. ^_^








Buffet Ramadhan di Hotel Bangi - Putrajaya boleh dinikmati dengan harga RM90 nett (dewasa) dan RM45 nett (kanak-kanak) dari 6-9 Jun 2016 dan 3-5 Julai 2016.

Manakala RM100 nett (dewasa) dan RM50 nett (kanak-kanak) dari 10 Jun - 2 Julai 2016.

Untuk tempahan, sila hubungi :

Telefon : 03-8210 2222 
Emel : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com

Post a Comment

2 Comments

  1. alamak alamakk menu2 semua sedap2 ni...best2..

    ReplyDelete
  2. Kambing golek diaaa. Ya Allah. mengancam ! Btw singgah sini keknil sementara nak p terawih. huhu. klik2 jugak :)

    ReplyDelete

Thanks for your support