Kolaborasi Elle Zada x Sam Syatilla dalam Projek Raya 2016

Assalammualaikum

Hujung minggu lalu Keknil sempat menghadiri sebuah majlis sidang akhbar  kolaborasi Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016 bersama-sama dengan beberapa rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.



Elle Zada merupakan satu jenama yang memang sedang meningkat naik dan telah pun mengembangkan sayapnya sehingga ke Brunei, Singapura dan Indonesia. Hebat ! Antara anak melayu yang telah berjaya membuktikan diri mereka berjaya. Walaupun Puan Elle dan Encik Zada bukan berasal dari keluarga bisnes, tapi masing-masing mempunyai daya juang yang tinggi sehingga berjaya mencipta nama yang gah yang pastinya mampu menembusi pasaran antarabangsa.


Masa mula-mula sampai.. tertanya-tanya juga.. adakah Keknil mampu memiliki pakaian dari koleksi Elle Zada ni? Lagi-lagi bila ia berkolaborasi dengan artis terkenal tanahair seperti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Hehehe.. banyak betul persoalan yang berlegar-legar di minda ni..

Dalam majlis yang dihoskan oleh Heliza dan Nik Muslim, kedua-duanya menggayakan busana Elle Zada.  First impression.. cantik dan ada kelas !


Majlis yang dirasmikan oleh Dato' Normaziah ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Zaini Tahar selain dari beberapa selebriti jemputan yang lain.

Selain itu, terdapat persembahan video rasmi Elle Zada dan gimik dari kumpulan Bar-risan ! Daebakk ! Keknil cukup teruja dengan persembahan gimik dari kumpulan Bar-risan tu sebab dorang stretch, tunggang terbalik macam mana sekali pun, tapi baju Elle Zada yang dorang pakai tetap maintain.. Fuhh.. ini tandanya baju ni menggunakan kain yang berkualiti. Terus terbayang nak suprisekan encik suami dengan baju raya dari Elle Zada ni.. ^_^


Sememangnya, idea untuk Projek Raya kolaborasi Elle Zada dan Sam Syatilla ini membuat Keknil sangat teruja. Lagi-lagi bila tengok penampilan Sam dan Syatilla sendiri yang anggun dan bergaya dengan pakaian dari koleksi Elle Zada. Bertambah-tambah Keknil tak sabar nak buat pra-tempahan. Sesuai dengan temanya, "Sediakan pakaian kemenangan, Fokus ibadah Ramadhan". Dah selesai buat pra-tempahan.. dah tak payah susah-susah fikir baju raya dah.. sebab dah tempah kan.. bolehlah fokus pada ibadah pada bulan Ramadhan nanti..




Sebanyak 60 koleksi busana yang menawarkan pelbagai pilihan baju kurung moden, abaya, baju melayu, kurta, jubah lelaki dan wanita yang telah sedia untuk pra-tempahan dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Apa yang membuat Keknil lebih teruja, fabrik yang digunakan adalah sangat berkualiti.

Tawaran harga juga sangat berpatutan dan dimana koleksi busana premium boleh dimiliki dengan  harga dari RM150 - RM250, manakala bagi koleksi busana premium ekslusif pula boleh dimiliki dengan harga dari RM299 - RM599.





Amacam? Cantik-cantik kan !

Bermula dari 20 Mac 2016 sehingga 30 April 2016 ini, korang semua dah boleh buat pra-tempahan untuk koleksi busana raya Elle Zada x Sam Syatilla tau ! Dan jika korang buat pra-tempahan sekarang, boleh layak dapat potongan harga sehingga RM20 untuk setiap baju. So korang dah bolehlah bincang-bincang dengan family, adik beradik, girlfriend, boyfriend tentang warna tema baju yang korang nak pakai raya nanti. ^_^

                              * Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju melayu
                              * Jubah tidak termasuk butang


Walaupun koleksi busananya premium dan menggunakan material yang berkualiti tinggi, tapi harganya sangat mampu milik dan Keknil dan excited nak buat pra-tempahan ni...

Korang juga boleh dapatkan koleksi busana melalui agen-agen yang telah berdaftar di Agen Berdaftar Elle Zada x Sam Syatilla dan dapatkan harga promosi dengan pembelian melalui Agen Berdaftar sekarang.. Keknil pasti, korang sendiri tak sabar nak pakai baju hasil rekaan dan idea Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bersama pereka Elle Zada sempena Projek Raya 2016 ini.




Haishh.. sungguh.. Keknil jatuh cinta dengan koleksi dari Elle Zada. Keknil juga sempat rasa sendiri material kain yang dipakai oleh Heliza ketika majlis tempohari. Memang selesa dan kainnya juga sejuk. Bolehlah pakai time raya nanti kan...

So korang tunggu apa lagi.. jom beli dengan agen sah sekarang..

Tempoh Pra-tempahan mulai 20 Mac - 30 April 2016

Proses pengeposan akan dibuat secara berperingkat bermula 1-8 Mei 2016 bergantung kepada kesediaan stok !

Dapatkan Diskaun RM20 dengan klik : Keluarga Bisnes Elle Zada x Sam Syatilla

Sebarang pertanyaan, boleh layari :

Laman Web : http://www.ellezada.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ElleZada
Emel : ellezadaofficial@gmail.com
Agen Berdaftar Elle Zada x Sam Syatilla : http://www.ellezada.com/pages/senarai-ahli-keluarga-bisnes-elle-zada-x-sam-syatilla-2016

Alamat Butik : 
ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

till then,

tatababai

Post a Comment

11 Comments

  1. Wah cantik-cantik jugak koleksi pakaian di Elle Zada nie ye

    ReplyDelete
  2. memang nampak elegan baju² dia.. cop warna merah arr!

    ReplyDelete
  3. aim siap2 utk raya mayb, hihi.klu ada rezeki lebih;)

    ReplyDelete
  4. aim siap2 utk raya mayb, hihi.klu ada rezeki lebih;)

    ReplyDelete
  5. Cantik cantik.. tahan lasak tu yang penting

    ReplyDelete
  6. Cantik2 juga baju dia nie..tp xtaulah ada size ke tak..hahaha

    ReplyDelete
  7. Cantik2 juga baju dia nie..tp xtaulah ada size ke tak..hahaha

    ReplyDelete
  8. Cantik!!! Terasa nak beli satu. Hrhehe

    ReplyDelete
  9. baju raya dah ramai start membeli sekarang ni kan..kalau ada saiz kecik, berkenan yang tilla pakai tu

    ReplyDelete
  10. Designnya cantik dan menarik. Bersesuaian dengan trademark patuh syariah

    ReplyDelete
  11. sapa nak belanja kita kaler hijau ni hehehhe

    ReplyDelete

Thanks for your support