Autumn Di Hatiku : Nami Island

Assalammualaikum

Hari kedua di Korea, kitorang teruskan perjalanan ke Nami Island.. since sebelum ni Keknil dah pernah ke Petite France.. so, untuk trip kali ni.. Keknil skip route Petite France sebab kononnya nak habiskan masa satu hari kat Nami Island.. hehehe..

Untuk ke Nami Island.. amik subway dan terus turun ke Gapyeong Station. Macam Keknil, perjalanan dari Dongdaemon ke Gapyeong dalam lebih kurang 1 jam lebih.. bergantung kepada kepantasan korang berjalan dari guesthouse ke subway station.. hehehe.. macam kitorang, perjalanan dari guesthouse ke subway station je dah 10 minit.. tu lom lagi singgah beli bekal susu pisang kat 7-Eleven.. kikikii

selfie satu kali.. 

Since hari Keknil ke Nami Island kali ni adalah hari bekerja.. jadi, subway pun tak berapa penuh dan siap jumpa ada atuk dan nenek dalam subway nak pegi hiking kat Chuncheon. Dasat dorang ni..

Keknil pakai stoking dan selipar je

ni kalau dapat beli satu ni.. boleh bawa pegi keje.. kuikuii

Sampai je kat Gapyeong Station, Keknil terus pegi ke Tourist Information untuk bertanya macam mana nak naik bas. Trip sebelum ni Keknil turun kat station lain, so tak pasti kalau kat station ni.. nak tunggu kat mana. Nasib baik petugas kat situ sangat mesra. Terus dia tunjukkan kat mana nak tunggu. Since bas tu lambat lagi nak sampai.. so, dia suruh kitorang tunggu kat dalam Tourist Information Office dulu. Untuk trip ni, Keknil ade redeem voucher dari Korea Plaza di Kuala Lumpur dan tak perlu bayar pape pun.. just gunakan voucher sahaja. Jimat 5,000 won. ^_^

Tak lama lepas tu, bas pun sampai dan kami orang pertama naik bas.. bas pun tak penuh sangat sebab masih awal pagi kan...
  
angin pagi agak kuat.. tapi Keknil kan kebal.. kata banyak lemak.. Kah !

Keadaan bas sangat selesa

gunakan voucher ini dan boleh stop kat mana-mana perhentian dalam Gapyeong City Tour ni.. tak perlu bayar apa-apa

Jarak dari Gapyeong Station ke Nami Island sangat dekat.. tak sampai 5 minit dah sampai.. ada 2 cara nak masuk ke Nami Island.. boleh naik zipline atau naik feri.. Keknil comel-comel berbaju kurung.. mestilah fefeeling Titanic naik feri kan.. Hahahah

Since hari ni adalah hari bekerja.. maka banyak lawatan dari sekolah-sekolah ke Nami Island.. bukan student je yang comel.. cikgu pun kacak-kacak.. hahahah





Muka eksaited kami

Feri pagi tu sangat penuh.. maklumlah.. time ni time autumn dan daun-daun baru nak berubah warna. 

Mekar lagi bunganya

Kami yang eksaited

Since kitorang dah plan nak bertapa kat Nami Island ni seharian.. Makanya, kitorang berphotoshoot kat sini.. Macam-macam posing kitorang buat.. dari berdiri, lompat, duduk, baring.. semua kitorang buat.. jakun tengok warna daun merah-merah..

Jangan muntah tengok gambar.. memang banyak gile gambar photoshoot kitorang sampai Keknil pun tak terpilih.. ni antara gambar yang okey dan sesuai untuk tontonan ramai.. hahaha















Take 5!






Kali kedua bertemu dengan hero dan heroin Winter Sonata. I miss you.. Hahahah

Dan pastinya, kalau dah sampai kat Nami Island.. makanan wajib dan Halal untuk dimakan adalah Nasi Goncang. Setiap orang Malaysia wajib cuba ni tauuu kalau sampai ke Nami Island ni..



licin !

Lepas makan, kitorang singgah solat jamak kat surau berhampiran perpustakaan.. Surau tu pun bersih dan turut menyediakan sejadah dan telekung.


Orang Korea sangat peramah dan student dia sangat suka tengok penampilan orang Malaysia. So, bila korang datang ke Nami Island.. bolehlah pertimbangkan pakai baju kurung.. mana tau boleh jadi model sambilan kat Nami Island.. hehehe

Antara student Korea yang sempat berselfie dengan Keknil

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

2 Comments

Thanks for your support