Keknil nak share previous trip Keknil ke Penang hujung tahun lalu.. sebenarnya, trip tu antara jadi atau tidak sebab tiket yang Keknil beli adalah tiket pergi je.. tiket balik tak beli lagi.. gigih juga la tengok tiket flight yang murah di kala last-last minit ni.. tapi hampa.. jadi kami ambil keputusan untuk balik naik ETS sahaja. Begitu juga dengan hostel yang Keknil book last minit menerusi booking.com
Berikut adalah antara tempat menarik yang Keknil pegi dengan bajet backpackers. Memang bajet ciput sangat.. even kitorang kemana-mana pun dengan menaiki bas sahaja.
1. Komtar
Dari airport, kami terus ke Komtar dengan menaiki bas sahaja. Untuk route Airport - Komtar, tiket boleh didapati dengan harga RM2.70 seorang untuk dewasa manakala RM1.40 untuk kanak-kanak. Perjalanan dari airport ke Komtar lebih kurang dalam sejam macam tu. Tapi.. Komtar dah tak sama macam dulu.. kitorang pun tak jalan Komtar sangat.. just lalu dan amik gambar kat sana je.. landmark Penang tu.. so.. kenalah lalu situ.. Hehehe
tiket bas
dalam bas
bangunan Komtar
2. Penang Grafiti
Ada banyak grafiti yang terkenal kat Penang ni.. dan Keknil tak la pergi semua grafiti tu.. mana yang sempat kami jumpa je... tu pun gigih tau.. dari hostel jalan kaki ke Armenian Park tu sebab nak cari grafiti. Hahaha.. Di sini.. Keknil share beberapa grafiti yang sempat Keknil jumpa.. ada yang berdekatan.. ada yang jauh.. memang menapak juga la kami anak beranak.. tapi hasilnya.. memang puas hati..
wefie dulu
3. Bukit Bendera
Kalau dari hostel Keknil.. untuk ke Bukit Bendera tu kami naik bas dan tambangnya adalah RM2.00 sehala untuk dewasa, manakala untuk kanak-kanak adalah separuh harga iaitu RM1.00 untuk sehala. Tiket untuk naik ke Bukit Bendera pula adalah RM10.00 untuk dewasa manakala RM5.00 untuk kanak-kanak. Tiket ni adalah tiket return so jangan hilangkan tiket pula ye.. di atas Bukit Bendera ni sendiri, banyak tempat yang kitorang pergi.. dan yang paling penting... boleh berphotoshoot.. Hahahaa.. selain tu, kalau korang lapar.. kat atas Bukit Bendera tu ada food court.. no worries kalau korang lapar.. sebab kat sana ada banyak menu yang sedap-sedap bakal dihidangkan..
tiket bas ke Bukit Bendera
kaunter tiket
ramainya orang
budak ni pertama kali naik Bukit Bendera
tiket train
pemandangan Penang dari Bukit Bendera
photoshoot time
anak beranak
ewahhhh
amboiiiii
hubby and wifeyy
Iman buat apa tu?
tangkap awan katanye
dah tangkap.. nak tiup pulakk
replika train Bukit Bendera
ada Frozen dan 5D show
pakai kasut plastik dulu
layan budak suka Frozen
mercu tanda Bukit Bendera
food court Bukit Bendera
ABC Buah Bukit Bendera.. meriah uolsss
char kuey teow Bukit Bendera
4. Padang Brown
Dulu ada kawan Keknil yang memang orang Penang kata, kalau nak makan best.. tak yah pegi Padang Kota.. sebab Padang Kota dah tak best macam dulu.. even makanan kat sana pun dah mahal.. yang lagi best.. ada sorang driver bas yang kami naik masa balik dari Padang Brown ni kata, "kami orang Penang pun dah tak pi Padang Kota" kikikii... Kawan Keknillah yang memperkenalkan Keknil dengan Padang Brown.. sejak tu.. asal mai Penang.. memang Keknil singgah sini.. nak ke Padang Brown ni kalau dari Komtar, boleh naik bas menghala ke Bukit Bendera dan turun kat depan Sekolah Convent. Lepas tu melintas ke arah bertentangan ke arah padang bola. Korang jalan tepi-tepi tu dan akan jumpa macam food court. Memang puas makan kat situ. Kat sini korang wajib try Air Kelapa Markisah atau Air Laici Markisah.. sedap gilakkk... hanya di Padang Brown wokeyyy... selain tu, kalau nak cari Laicikang asli, kat sinilah tempatnya.. semangkuk RM2.50 sahaja.. kitorang siap makan bertambah-tambah..
Air Kelapa Markisah
Laicikang
5. Fort Cornwallis
Kalau nak tengok sejarah peninggalan Francis Light.. boleh la ke sini.. banyak barang peninggalan semasa zaman penjajahan dulu. Dan Fort Cornwallis yang sekarang dah tak sama macam dulu.. ianya telah ditambahbaik dan nak masuk pun bukan free tau.. ada bayarannya.. ye la.. nak cover juga kos pembaikpulihan tempat ni kan.. ^_^ Kalau korang nak ke sini.. Keknil cadangkan korang pegi belah pagi atau petang.. jangan datang tengahari.. memang panas berdenting.. kalau nak masuk tengahari.. bawalah payung.. hehehhe
sehingga bertemu lagi
till then,
tatababai
2 Comments
seronok nye berjalan...
ReplyDeletemeleleh air liur tengok aiskrim tu...
Post Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015
lastime ke penang tak sempat ke bukit bendera.. jeles okayyyyy huhu
ReplyDeleteThanks for your support