Assalammualaikum…
Selamat pagi.. setiap pagi bila korang bersiap, mesti tak
tinggal bedak ataupun gincu kan.. kan… ^_^ ehem.. aku jarang pakai bedak..
gincu apatah lagi.. bahahah.. nampak benar pemalas.. kikikii.. tapi bila ada
majlis kat pejabat aku ni, bukan setakat bedak dan gincu.. blusher, eye liner
seme pakai.. termasuklah aksesori seperti jam tangan ataupun bracelet. Kalau
nak tau, bracelet ni adalah antara aksesori wanita yang paling popular tau
sebab ia boleh dipadankan dengan apa sahaja pakaian untuk menjadikan imej si
pemakai lebih bergaya dan vogue!
Bercerita tentang bracelet atau gelang tangan.. kalau dah
namanya perempuan kan.. mesti tak lari dari menda ni kan. Aku kalau pegi Sabah,
memang menda ni antara menda wajib aku beli, lelagi pearl bracelet. Memang
wajib la dibeli untuk dijadikan souvenir.
Tapi, tahukah korang.. dalam dunia ni bukan setakat ada
pearl bracelet je.. ada macam-macam jenis bracelet tau.. Meh sini nak share
sikit tentang jenis-jenis bracelet dan jenis-jenis si pemakainya.. hehehe.. ada
macam-macam jenis bracelet tau tapi diantara banyak-banyak tu.. ada 4 jenis bracelet online dalam pasaran yang paling popular.. apakah itu?
Macam aku, suka pakai pearl bracelet.. dari dulu lagi aku
suka.. dan kalau korang nak tau, pearl bracelet ni memang dah lama popular dari
zaman aku tak lahir lagi. Kira lama la mahu ratus-ratus atau ribu-ribu tahun
dahulu kala. Tipu la kalau korang sebagai seorang wanita, takde koleksi pearl
bracelet ni kan, sebab aksesori ni wajib ada untuk wanita. Pearl bracelet ni
orang suka pakai sebab ia mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menyerlah
dan anggun. Kalau korang tengok mak-mak datin, dorang siap ada satu set
aksesori berasaskan mutiara ni tau.. Jeles mak!! So, orang yang suka pakai
pearl bracelet ni adalah orang yang sukakan pujian dan yang penting, orang ni
mempunyai taste yang tinggi dalam pemakaian aksesori. Akukah itu? Ehem…
Pearl Bracelet
Pearl Bracelet
Selain dari itu, bagi yang sukakan gaya-gaya ranggi dan suka
‘mix and match', bangle bracelet adalah pilihan yang sesuai untuk korang. Selain
dari murah ia juga terdapat pelbagai jenis pilihan material bangle seperti
kulit, silver, kayu, emas dan banyak lagi. Bracelet jenis ini versatile dan
boleh digayakan dengan apa jenis pakaian mahupun majlis sekalipun. Pendek kata,
kalau pakai bracelet jenis ini, orang tak pelik pun sebab dah namanya gaya ‘mix
and match’ kan.. ^_^
Bangle Bracelet
Bangle Bracelet
Jika korang penah dengan tentang produk Tiffany atau Pandora
yang terkenal dengan charm bracelet, ni nak bagi tau.. Kebiasaanya orang yang
suka pakai charm bracelet ni mempunyai daya penarik yang tersendiri dan jenis
orang yang sukakan perhatian. Mau tidaknya, dengan charm yang berjuntai-juntai
dan ada juga jenis charm yang ada loceng comel tu.. lahai.. kalau budak pakai
memang la comel sangat. Pemilihan loket hiasan atau barang hiasan yang
berayun-ayun, ada yang bentuk handbag, huruf, baju dan sebagainya setiap
satunya mempunyai lambang perkara yang disukai oleh si pemakainya. Contohnya,
kalau ada yang bentuk handbag.. mesti dia suka kumpul handbag.. betul tak?
Hihihi.. ataupun mungkin dia tak suka kumpul handbag, tapi dia suka beli atau
tengok handbag yang comel-comel. Bracelet jenis ini, ada yang murah dan ada
juga yang mahal. Lagi berjenama jenis bracelet ini, lagi mahal la ia.. tapi kalau
dah suka.. apa salahnya berbelanja lebih sikit kan.. ^_^
Charm Bracelet
Charm Bracelet
Dan akhir sekali, antara bracelet yang paling banyak menjadi
pilihan artis-artis di Malaysia mahupun luar negara iaitu Cuff Bracelet. Yang
lain pun ada yang menjadi pilihan tau, tapi yang ini yang paling popular. Kalau
dilihat dari segi rekaannya, nampak macam biasa je kan.. tapi jangan tak tau,
antara banyak-banyak bracelet ni, cuff bracelet la yang paling senang nak
pakai. Sebab tu orang suka pakai bracelet ni kalau nak pegi mana-mana event. Sesuai dengan gaya pemakaiannya, cuff bracelet ini boleh menjadikan si pemakainya nampak ringkas, bergaya, elegant meletup.. Hahh.. tu rahsianya tauu.. ^_^ Cuff bracelet ini juga boleh dijumpai dalam
pelbagai jenis rekaan. Ada rekaan yang plain dan ringkas, ada juga rekaan yang
mewah. Pasal harga jangan cakap la.. kita sebagai pengguna, kita yang tentukan..
ada cuff bracelet yang nampak mahal.. tapi harganya, tak la semahal mana pun..
malah mampu milik.. boleh berangan jadi artis lepas ni.. ^_^
Cuff Bracelet
Jennifer Lopez with Cuff Bracelet
Dato Vida with Cuff Bracelet
So, korang suka yang mana? Nak tak aku hadiahkan gelang yang
comel-comel untuk korang? ^_^
Caranya.. komen kat bawah ni, korang
suka bracelet jenis yang macam mana dan apa kaitannya bracelet ni dengan
personaliti korang.
Best 5 commentator, aku akan hadiahkan kat korang gelang
comel seperti di bawah :
Candy Crush bracelet
Tarikh tutup : 20 Februari 2015
till then, tatababai
What's New
5 Comments
Sofu paling suka Pear bracelet
ReplyDeleteSarung sahaja dari biasa-biasa terus jadi luar biasa
Gaya, mutu dan keanggunan terus menyerlah :)
Charm bracelet...
ReplyDeletesebab kalau pakai pearl bracelet rasa macam 'ayu' sangat..nak pakai jenis cuff mcm tak sesuai.. charm bracelet lah paling sesuai..
alaa...tamat 20 Feb...baru nk baca entri ni uhuhuh...hurmm..jawab je lah sbb baca entri buakan sbb nak something tetapi sbg balas kunjungan kerana Anil rajin tinggalkan komen di blog kite hee
ReplyDeletehurrmm JM minat cut bracelet sbb nampak ranggi cam jennifer loh tuh hiksss
Aku tak suka cuff bracelet tu, cam besar jer ... Charm bracelet tu aku suka, tapi kalau "pakwe" nak bagi pearl bracelet tu ape salah nyer ...
ReplyDeleteAku tak suka cuff bracelet tu, cam besar jer ... Charm bracelet tu aku suka, tapi kalau "pakwe" nak bagi pearl bracelet tu ape salah nyer ...
ReplyDeleteThanks for your support