Jom Beraya Bersama Jakel | Diskaun Sehingga 85 %

Assalammualaikum

Seperti tahun lalu, Jakel pada tahun ini tampil dengan selebriti duta raya Jakel kepada pengunjung di Shah Alam. Dengan tagline terbaharu tahun ini, 'Jakel Barulah Raya' menampilkan ikon raya Jakel antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Schawalara, Ayda Jebat dan tidak ketinggalan wajah baru Jakel iaitu Hanis Zalikha, Hairul Iskandar dan Upin & Ipin.


Pada sesi lelongan Jakel sehingga 75% diskaun di Wisma Jakel Shah Alam ini, Jakel turut menghangatkan kempen hari rayanya dengan pemberian baucer baju raya percuma kepada 1,000 pelanggan terawal. Jadi untuk pelanggan terawal boleh mendapatkan baju melayu dan jubah Aaron Aziz secara PERCUMA.

Sebagai pusat tekstil yang terkenal di Malaysia, Jakel sentiasa memastikan produknya berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan bagi menjaga kepuasan pelanggannya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.




Untuk koleksi kain pada tahun ini, Jakel menampilkan corak dan warna-warna segar serta moden dan sebagai trendsetter, Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif dalam setiap design kerana mempunyai designer tersendiri. Kesemua koleksi pakaian mampu milik malah designnya lebih elegan dan eksklusif.


Penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi, warna yang menarik dan setiap perincian rekaan kemas dan rapi. Pendek kata, variasi koleksi kain dan pakaian keluaran Jakel sesuai dipakai oleh kesemua lapisan masyarakat.

Sebagai penambahbaikan operasi, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan agar kesemua pelanggan mendapat penerangan dan penjelasan yang jelas mengenai kualiti kain.



Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan di Jakel amat berpatutan dengan harga serendah RM89 malah pelanggan juga akan diberikan sehelai kain samping dan butang baju melayu secara PERCUMA. Manakala baju kurung pula dijual dengan harga serendah RM79. Pakaian kanak-kanak pula boleh didapati dengan dari harga RM39 sahaja. Menarik kan.. 'Ingat kain, Ingat Jakel'.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman Web : www.jakel.my
Instagram : https://www.instagram.com/jakeltextile/

till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. bestnya kak...sales jakel..rambang mata

    ReplyDelete
  2. Stresssssnyaaaaaa tgk baju cantik2 huhuuuu...nak kurussss eh hahahah

    ReplyDelete

Thanks for your support