Cabaran Neutrogena Deep Clean

Assalammualaikum



Kerja di tempat yang mempunyai aircond mungkin nampak selesa buat sesetengah orang kan. Tapi ada yang tak tau, bila kerja di tempat aircond ni, kulit kita mudah terdedah dengan dehidrasi dan seterusnya menyebabkan wajah kita tampak lebih tua dari umur kita. Hukhuk.. Tapi takkanlah sebab itu kita tak nak pergi kerja kan.. Mesti ada jalan penyelesaiannya.

Keknil sendiri mengalami masalah kulit kering dan blackhead, jangan kata la.. tumbuh macam cendawam. Hahaha.. stress gila bila ada masalah kulit macam ni kan.. Nampak je macam sihat je kulit ni tapi hakikatnya.. Huhuhu..


Baru-baru ni, Keknil telah menyertai Neutrogena Squad dan telah menyahut cabaran untuk mencuba sendiri rangkaian produk Neutrogena Deep Clean. Hahh.. memang kena dengan waktunya, sebab lepas balik dari Korea hari tu, wajah Keknil agak kusam dan naik blackhead  bagai juara kat hidung ni. Mungkin sebab kat sana sejuk dan Keknil kurang jaga kebersihan muka. Huhuhu.. Sejukk.. nak sentuh air pun malas.. Hahahaa..


Keknil telah mencuba 3 produk dalam rangkaian Neutrogena Deep Clean ini iaitu :

Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam | 142ml
- dengan ekstrak timun yang membantu untuk menghidrasi dan menyegarkan kulit wajah


Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser | 100g
- membantu meningkatkan hidrasi kulit dan menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih


Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub | 100g
- membantu menyingkirkan blackhead / whitehead pada wajah

Hahh.. dalam banyak-banyak ni yang mana satu jadi kegemaran Keknil?

Tadaaaa... Ini yang Keknil suka !!!


K.E.G.E.M.A.R.A.N


Hahh.. nampak macam simple sangat kenapa dalam banyak-banyak produk tu, ini yang Keknil suka... Jom sambung baca...

Kenapa?
Keknil memang sejak akil baligh ni ada masalah blackhead tau.. Jadi setiap kali kalau pergi facial kat spa, memang la kesian beautician tu dok korek-korek blackhead / whitehead kat hidung Keknil ni. Adudu.. sakit tau.. tapi bila dah lepas facial, memang bersih habis blackhead / whitehead tu dikerjakan. Cuma.. bersih takat seminggu dua je la.. lepas tu ada semula.. Huhuhu..



Kelebihan Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub

Jadi inilah sebab kenapa Keknil suka produk ni ! Sebab ia bukan sahaja menghapuskan blackhead pada kali pertama ia dipakai, tetapi ia juga dapat menghalang blackhead itu dari kembali. Yang bestnya produk ni, tak perlu risau kulit menggelupas atau sebagainya kerana microbeads nya yang halus dapat menembusi jauh ke dalam liang-liang untuk membubarkan minyak berlebihan dan seterusnya membantu menghapuskan blackhead yang degil. Jadi, tak perlu risau akan blackhead dah.. Yeayy.. Dengan pemakaian secara berkala, kulit muka akan lebih halus dan memperbaiki liang-liang roma yang selama ini tersumbat.



Cuba tengok perbezaannya. Tangan kiri nampak lebih lembut dan berseri kan berbanding tangan kanan.. Hahhh.. tu baru tangan tauuu... belum kat muka lagi...

Pengalaman Menggunakan Produk Neutrogena Deep Clean

Seriously, rasa best sangat. Kulit wajah dah tak kusam dan nak light-light mekap pun senang.. tak perlu risau bedak bercapuk atau mekal tebal-tebal semata-mata nak tutup cela. Sebab Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub ini juga dapat membantu mengurangkan cela parut tau. Baunya sangat fresh dan lepas pakai tu wajah rasa lembut dan halus je. Teksturnya yang ringan dan tak melekit membantu dalam proses skrub dan microbeads nya juga lembut dan tak sakit bila diskrub pada wajah. Hasilnya, sangat memuaskan...


Perasan tak perbezaannya? Ouchh..

Lepas sekali skrub, dah nampak kurang blackhead tu kan..


Kenapa korang kena dapatkan produk ni?

Produk ini boleh didapati dalam packaging 100g dengan harga RM23.70 sahaja dan pastinya ia mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya untuk traveller macam Keknil. Huihuihuiii.. Lepas ni kalau travel, dah tak perlu risau kulit muka rosak sebab Keknil dah ada Neutrogena Deep Clean ! Lagi menarik, korang boleh nampak kesan pemakaian produk ini serta merta. Sekali pakai, dah boleh nampak blackhead tu gone like wind ! Siap pakej kulit wajah lembut berseri lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.neutrogena.com



till then, tatababai

Post a Comment

5 Comments

  1. Perubahan yg mengkagumkan la anil...mmg nampak cantik je wajah anil lepas 1 minggu guna...so clean dan berseri !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. pakai sekali je dah nampak perubahan... besttt

      Delete
  2. wahh boleh cari tu , senang tanggalkan blackhead

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. sbb akak mmg ada mslh blackhead / whitehead.. jd mmg ngam sangat la produk ni.. ^_^

      Delete
  3. Nak try jgk..blackhead degil ssangat ni..huhu

    ReplyDelete

Thanks for your support