Charity Dinner dan Movie Night Bersama Duta 11Street, Zizan Razak

Assalammualaikum

Baru-baru ni Keknil telah hadir Majlis Rumah Terbuka dan Movie Night bersama Duta 11Street yang berhidung mancung iaitu Zizan Razak. Majlis Rumah Terbuka ini turut dihadiri seramai 63 orang kanak-kanak dari Yayasan Kebajikan Budimas.



Untuk makluman korang, sepanjang Ramadhan yang lalu, kalau korang ada membeli-belah di 11Street, mereka telah menjalankan kempen 'Do Good Deals' dimana kempen ini adalah kempen membeli sambil menderma. Wang terkumpul dari hasil shopping kita semua kat situ adalah sebanyak RM30,000 dan telah diberikan kepada 130 orang kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, Tanjung Karang yang mana akan digunakan untuk penyediaan sarapan bernutrisi sehingga penghujung tahun ini. Pemilihan adalah berdasarkan keluarga kanak-kanak yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.


Selepas sesi penyerahan cek tersebut, majlis diteruskan dengan jamuan rumah terbuka dan tidak dilupakan, 11Street turut bermurah hati memberikan duit raya kepada anak-anak dari Yayasan Kebajikan Budimas. So sweet !



Kanak-kanak ini juga turut berpeluang dengan bergambar dan beramah mesra dengan Zizan Razak selaku duta 11Street. Seronok betul tengok gelagat mereka.. Mungkin lepas ni, 11Street dapat terus mengadakan program kebajikan seperti ini dan dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada badan-badan kebajikan lain.. ^_^


till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments