5 Aktiviti Kanak-kanak Yang Membuat Kita Lebih Bahagia

Sebagai seorang dewasa, kadangkala tanpa kita sedar, kita akan bersifat keanak-anakan kan.. Keknil di usia 30-an ni.. kadangkala tak sedar diri umur dah banyak.. kadang-kadang perangai ni kalah budak-budak. Pernah sekali, masa makan aiskrim.. encik suami pergi ngap separuh dari aiskrim tu.. terus merajuk macam budak-budak.. tak sedar masa tu Iman tengok je.. siap Iman offer aiskrim dia lagi.. tapi tu la.. kalau dah datang perangai budak-budak tu.. Fuhh.. tak boleh nak kata apa la kan..



So, Keknil nak share aktiviti bersifat keanak-anakan yang boleh kita buat.. tanpa perlu rasa malu dengan anak-anak kita.. Bila kita buat aktiviti ni, bukan sahaja membuatkan kita lebih gembira, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan dengan anak. ^_^


1. Tidur
Hahaha.. belum apa-apa dah tidur kan.. Ini adalah aktiviti yang paling la Keknil suka buat. Kadang tu, siap ajak Iman tidur di tengahari buta. Memang tidak la budak tu nak tidur kan.. Lebih-lebih lagi di hujung minggu.. memang seboleh-bolehnya nak qada' balik la tidur-tidur yang tak cukup sepanjang weekdays tu kan.. Pakar ada mengatakan, dengan tidur yang cukup, ia dapat meningkatkan otak kita dari segi kreatif, penyelesaian masalah, memori lisan pembelajaran persepsi, objek dan statistik selain dari membantu menguruskan tahap tekanan, jantung dan berat badan.. Huhuhu



2. Membuat aktiviti mewarna
Baru-baru ini, mewarna untuk orang dewasa telah menjadi satu trend yang sangat popular. Pakar juga mengesyorkan mewarna sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan. Jadi, kalau sebelum ni kita beli buku mewarna untuk anak kita.. apa la salahnya beli untuk kita sekali.. Boleh juga dijadikan aktiviti bersama anak-anak. Tengok siapa yang dapat mewarna paling cantik.. Siapa yang menang... boleh pilih nak tengok wayang apa ! Kan.. ^_^



3. Berangan
Fuhh.. ini memang Keknil sokmo buat.. maklum la.. orang kata berangan ni percuma.. tak payah pakai duit pun.. So, berangan la sepuas-puasnya. Budak-budak bila berangan.. dorang tak sabar nak jadi dewasa.. dorang tau tak jadi orang dewasa ni penat.. Hahahhaa.. yang kita yang dah tua ni plak berangan nak jadi budak-budak balik. Nak imbas balik kenangan-kenangan dulu.. Hikhik..



4. Main Pasir
Bila kita jadi orang dewasa, kita suka lepak kat pantai.. sightseeing kan.. tapi kalau budak-budak.. dorang suka pantai sebab boleh mandi dan main pasir. Hahh.. nak sangat fefeeling budak kan.. pergi ke pantai dan main pasir.. buat istana pasir dan letak berangan la kita ni princess dalam tu.. Hahahha.. Kalau tak nak ke pantai.. tak perlu risau.. ada kinetic sand.. boleh main sepuas puasnya dalam rumah.. Anak pun happy, kita pun bahagia.. ^_^

5. Memberi Pelukan
Siapa yang tidak sukakan pelukan? Dari bayi sehingga ke warga emas, mereka semua sukakan pelukan. Ini adalah antara perkara yang kita tidak perlu kekok untuk lakukan. Dengan sentuhan, akan wujud kasih sayang dan dengan kasih sayang... tidakkah ia membuat kita bahagia? Kanak-kanak sukakannya. Iman juga suka.. Kalau pagi-pagi tu.. Keknil suka kejutkan dia dengan memeluk dia dan menyuruhnya solat Subuh berbanding dengan mengejutkan secara paksa yang akan membuatkan dia hilang mood.. Dia juga begitu.. kadang-kadang pagi-pagi kalau Keknil sambung tidur ke.. dia akan peluk Keknil dan berbisik di telinga Keknil, "mama.. kita lapar.." ^_^ Sweet bukan...

Post a Comment

3 Comments

  1. tang main pasir tu best kan..tringt zaman kegemilangN kita..kikiki
    tang tidurmmg no 1,kdg2, mak tdo, anak menyelinap keluar kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. kan... ^_^ rindu pula zaman budak budak dulu.. hahhaaha

      Delete
  2. Main pasir paling best...
    http://ddiamondvitshop.blogspot.my/2016/11/tips-mudah-hilangkan-kesan-hitam-di.html

    ReplyDelete

Thanks for your support