Sabtu lepas Keknil berpeluang untuk hadir dalam soft launch produk kecantikan TransBella yang tengah hangat di pasaran. Bertempat di Teh Tarik Place, The Mines, Keknil gigih bercarpool dengan Kak Moon dari rumah seawal jam 12.30 tengahari.
Sampai je di The Mines, terserempak dengan Mimy Hamid and the geng pulak.. terus la havoc sekejap kat The Mines tu. ^_^ Since kitorang datang awal, so kitorang decide untuk terus ke Teh Tarik Place untuk sembang-sembang.
Sampai kat Teh Tarik Place, memang cozy sangat tempat dia.. ada ruang khas untuk event dan ada la privacy sikit kan untuk kami-kami ni beramah mesra sambil mengenali dengan lebih lanjut produk Transbella ni.
Majlis bermula jam 3.00 petang dimulai dengan sembang kelakar oleh hos pada hari itu iaitu Diva Azwan Ali chuolsss.. memang puas bertepuk tangan.. seterusnya sesi pengenalan produk dan testimoni dari pengguna Transbella sendiri. Untuk pengetahuan korang, ada 2 produk keluaran Zenia ni iaitu Transbella dan Transgluta dan kedua-duanya sangat best.Keknil memang tunggu-tunggu sesi pengenalan produk ni sebab semasa kami bersembang-sembang sakan kat situ, Keknil dihidangkan dengan kebaikan dan kehebatan produk ni.
DJ Nas-T, Anny Ariffin (Founder Transbella dan Transgluta), Atita Haris (Duta Transbella) dan Suraya Sulatin (Partner Transbella dan Transgluta)
Berbeza dengan Transbella, ia bukan sahaja untuk memutihkan kulit muka sahaja.. tapi putih satu badan.. Gitu.. ada orang kata, beautiful is pain.. Yes betul.. siapa kata nak cantik tu senang.. ingat pejam mata, then buka mata terus cantik ke? Memang tak la kan.. Bgai yang nak consume Transbella ni.. mudah je pantangnya.. boleh makan minum apa saja.. cuma ELAKKAN CAFFEIN. Marilah kita bertukar kepada air kosong. Hehhee..
Kebaikan Transbella
Selain itu, penggunaan ekstrak bunga sakura yang membantu untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan turut berfungsi untuk mengatasi wajah kusam.
Dengan formulasi serbuk mutiara yang bertindak sebagai agen memutihkan kulit dan badan selain membantu membaiki struktur kulit, menghapuskan jerawat, melambatkan proses penuaan dan mengecilkan liang-liang pori pada wajah.
Kandungan Vitamin C dan Collagen Tripeptide yang berfungsi sepenuhnya dalam mempercepatkan kadar penyembuhan pada kulit yang terluka selain mematikan sel-sel kulit mati. Ia juga berfungsi untuk memutihkan gigi serta menjadikan rambut dan kulit lebih sihat.
Perbezaan Transbella dan Transgluta
Bagi korang yang nak guna produk ni, sila jangan confuse. Sebab kedua-dua produk ni both memang berfungsi untuk memutihkan kulit dan badan. Cara makan juga berbeza. Bagi korang yang suka telan je, boleh consume Transgluta manakala bagi yang suka kemam-kemam atau chew.. boleh consume Transbella. Rasa dia masam-masam manis gitu. Dari segi fungsi dan cara pengambilan, lebih kurang sama. Nak putih satu badan, boleh consume samada Transbella atau Transgluta.
Untuk kesan yang lebih effective, Pengguna Transgluta disarankan untuk mengambil 2 biji pil sehari untuk 7 hari pertama. 1 biji pagi sebelum sarapan, dan 1 biji lagi waktu malam sebelum tidur. Lepas 7 days, ambik sebiji sehari sahaja. Untuk Transbella pulak, boleh makan sebiji sehari tapi kalau nak booster, boleh makan 2 biji sehari. Minum 8 gelas air sehari dan elakkan caffeine Okey?
Siapa Boleh Consume Transbella?
Sesiapa sahaja boleh consume.Perempuan dewasa even wanita mengandung dan yang menyusu badan juga boleh makan. Ia tidak mengganggu hormon. Cuma bagi wanita mengandung, kalau boleh, ambil selepas kandungan berusia 3 bulan ke atas. Untuk lelaki dewasa juga.. kalau nak putih.. takde masalah untuk korang makan Transbella ni. Bak kata Anny, produk ni takde manjakani untuk kasik ketat-ketat. So, no worries.. Lelaki sado pun boleh makan. ^_^ Even Diva Azwan Ali pun consume juga tauuuuu !
Floles muka Diva AA
cantiknya Kak Su.. antara pengguna Transbella
bakal pengguna Transbella.. nampak tak Daus tu? 2 bulan lagi putih la dia..
Promosi Transbella dan Transgluta
Untuk korang yang berminat nak cuba produk ni, sekarang ni Transbella dan Transgluta tengah ada promosi.
Transbella, 1 botol (30 tablet) | RM80.00 sahaja
Transgluta, 1 botol (30 kapsul) | RM69.90 sahaja
Promosi ni memang menarik sebab kalau ikutkan harga asal kedua-dua produk ni masing-masing RM90 untuk Transbella dan RM110 untuk Transgluta. So, dapatkan segera dari agen yang terdekat dengan korang ye.
Untuk maklumat lanjut / pembelian produk, sila layari;
Instagram : https://www.instagram.com/transgluta
Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715
antara yang turut hadir dalam Soft Launch Transbella
till then, tatababai
5 Comments
Hai Anil..sekarang produk kecantikan dan kesihatan boleh digunakan utk lelaki dan perempuan..is jimat boleh kongsi2
ReplyDeleteHai Anil..sekarang produk kecantikan dan kesihatan boleh digunakan utk lelaki dan perempuan..is jimat boleh kongsi2
ReplyDeleteAnil,patut daus putih lepakkk.ni rahsia dia!!
ReplyDeletehahahahha kannnn
Deletesuka produk yang berasaskan bahan semulajadi ni, nak makan pun tak was²
ReplyDeleteThanks for your support