Assalammualaikum..
1 hari lagi menginjak ke bulan Ramadhan.. bagi yang masih
meneliti untuk mendapatkan juadah berbuka puasa yang enak dan segar, bolehlah mempertimbangkan
untuk ke Grand Dorsett, Subang Jaya.
Apa yang menarik kat situ ye? Sempena bulan Ramadhan tahun
ini, Grand Dorsett Subang mengenengahkan tema ‘IFTAR @ Terazza Brasserie yang
menyajikan juadah masakan kampung dan antarabangsa, terdiri daripada pembuka
selera, sup, menu utama dan m
Selain dari itu, bagi yang menggilai ‘Sup Gear Box’.. aku
pasti.. korang akan teruja dengan menu ini di Grand Dorsett Subang ni. Aku
sendiri dah cuba.. memang cukup rasanya, dapat pulak hirup sup dalam tulang
gear box tu.. perghhh… terangkat ! Ini adalah antara signature dishes yang
dihidangkan di sini. Oppss.. ada lagi tau.. menu lain seperti Nasi Briyani Gam
Ayam, Kambing Golek, Satay Ayam dan Daging, Murtabak ayam dan macam-macam lagi
pasti menambat selera korang kat sini. Aku jamin 150% korang akan terpikat
dengan hidangan yang ada kat sini..
Ahaa.. bukan itu saja tau.. ada LIVE SHOW dari para chef di
setiap gerai dan boleh order Kuew Teow Goreng panas-panas dari KUALI tau !
Sambil menunggu makanan disiapkan, pasti korang terhibur dengan persembahan
lambung-lambung dari chef yang ada kat situ.. Antara kelainan yang ada kat situ
yang belum tentu ada kat tempat lain… ^_^
Dah puas menikmati juadah yang berat-berat tu.. jangan lupa
juga menikmati manisan yang confirm memang sedap la.. ada puding, pengat
keledek, kuih muih tradisional dan kek.
Sambil korang menikmati juadah berbuka puasa, korang akan
dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis terkenal tanahair seperti Jaafar
Onn, Rohana Jalil, Ayu Damit, Maya Matahari, Isma AF dan ramai lagi. Excited !
Lagu-lagu baru dorang pun sedap sangat tau.. kalau nak tau, kena la datang
menikmati juadah berbuka puasa di Grand Dorsett Subang ni dan dengan sendiri.
Pasti korang akan terhibur !
Antara aktiviti menarik sepanjang Ramadhan nanti, akan ada
LUCKY DRAW untuk semua pengunjung yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.
Hadiahnya pasti menarik antaranya tiket kapal terbang yang pastinya..
membuatkan aku TERANG MATA ! hahahah…
Jangan risau, surau turut disediakan di situ bagi yang ingin
menunaikan solat maghrib dan Isya’.
Berapa harga untuk Iftar @ Terraza di Grand Dorsett Subang
ni?
Hanya RM150.00 nett
per person sahaja
Dari 6.30 petang – 10.30 malam
Untuk tempahan, sila hubungi, +603 5031 6060 ext 1912
Emel: info.subang@dorsetthotels.com
web: dorsetthotels.com/malaysia/subang
till then, tatababai
What's New
3 Comments
Tu dia macam-macam ade
ReplyDeletemenu2 sgt menariksss
ReplyDeleteterliuq ja baca time 1st day ramadhan hehehe
huh..kak anil... tu dia baru 1st day puasa ni kak.. huhu..
ReplyDeleteThanks for your support