Cuti-cuti Port Dickson

ini adalah percutian singkat sempena cuti suka-suka ati nak cuti.. hahahah.. tak la.. memang ada plan untuk cuti ni untuk family besar saya.. percutian ni almost dibatalkan kerana secara tiba-tiba ayah kitorang dimasukkan ke hospital sehari sebelum tarikh percutian ni.. 

memula kitorang degil juga takmo pegi sebab ye la.. takkan nak suka suki pulak dah la ayah tengah terlantar kat spital.. tapi ayah kata takpe.. bukan sakit tenat pun.. cuma doktor nak monitor keadaan air cuci buah pinggang ayah tu je.. ntah macam mana.. sehari sebelum tu bole pulak air tu keruh.. sebelum ni wokey je.. tu yang risau tu dan terus masuk hospital.. memang la dia rasa ok je tak pape.. tapi kitorang anak-anak ni risau la..

petang tu kitorang lepak kat spital dan masa tu dah nekad takmo pegi.. lepas tu ayah macam tau-tau je plan kitorang takmo pegi ni.. lepas tu dia merajuk.. siap cakap kalau kitorang takmo pegi.. lenkali kalau buat family trip dia takmo ikut..ewah.. ewah.. pandai je ayah ni ugut kitorang kan.. lepas tu mak pun kata takpe.. ayah ok je.. mak pun soh pegi juga.. sebabnya yang dorang memaksa tu sebab kitorang dah bayar kat hotel tu kos penginapan tu.. dia rasa rugi la dah bayar lepas tu tak pegi plak.. tapi kitorang ok je.. ye la.. apa barang dok hepi-hepi kat hotel tapi ayah plak dok atas katil spital kan.. biar la burn pun.. tapi tu la.. ayah paksa gak.. siap ugut2 bagai.. lepas tu pesan kalau dah sampai call dia.. nak bukti la tu..sabo je la...

so, akhirnya.. keputusan last minit dibuat..hari kejadian tu.. kitorang masih melawat ayah kat spital.. pastu ayah dah bising2 soh cepat pegi.. alahai.. padahal kat PD je kot.. sejam sampai.. tu yg lepak lama sikit kat spital tu..pastu nak dekat kul 12 tengahari.. mak ayah dah halau dari spital soh kitorang pegi.. adeih.. sabo je la...

so, hotel yang kitorang pegi ni Guest Hotel and Spa.. lokasi di Lukut, Port Dickson. agak jauh juga la dari pantai PD tapi yang penting.. dapat cuti kekdahnya.. gituuu.. kitorang booking biasa-biasa je tapi ada pakej tau... boleh tahan juga pakej dia.. boleh tengok kat sini.. Pakej Guest Hotel & Spa..

kitorang amik superior room je.. amik 4 bilik semuanya.. satu family satu bilik...

fasiliti dia pun boleh dikatakan lengkap juga la.. ada wifi, air-cond, DVD player tu tak tahan tu.. kalau tau bawa CD pun best ni.. 


ni biliknya.. besar kan..


bilik air..


balkoni.. besar kot.. kitorang siap layan dinner bersila kat sini...


tu.. nampak tak keluasannya..


sempoi la...


bole lepak-lepak sini malam-malam..


pemandangan.. rumah orang.. kikikii

aktiviti utama harus la mandi.. budak-budak la yang hover.. mak budak biasa-biasa sajo..kolam dia pun biasa-biasa saje.. oh ye.. ada gym tau.. awesome sangat..


tu budak ngan mak apak budak nak mandi

lepas mandi-manda.. lapar la pulak.. so, satu kete je la yang gerak g pasar malam kat pekan PD tu.. since iols ni malas nak kuar.. so,duduk dalam bilik je jadi babysitter.. yang lain kuar pegi tapau makan..

lokasi makan-makan harus la kat balkoni bilik.. awesome sangat.. sambil makan-makan tengok bunga api..hohohoo..

lepas kenyang makan-makan.. aktiviti tido sajo la.. esoknya budak-budak nak mandi lagi.. sokmo mandi..

since trip ni singkat 2 hari 1 malam sajo.. so..smalam check in.. rini check out suda.. hiksss


ini budak suda siap nak jalan jalan


Guest Hotel & Spa


kami adik beradik dan anak2 homeyyy..

lepas check out, kitorang pegi Muzium Tentera.. wooo.. first time kot masuk sini... entrance fee adalah PERCUMA... mari masuk beramai-ramai.. best gilak kat sini ye.. banyak sejarah.. bagus juga dedahkan anak-anak dengan sejarah-sejarah macam ni.. 


kaboom..


mak ude dan mak usu bersama anak-anak buah yang comey..


kat sebelah tu ada latihan..


sejarah askar melayu


mak usu ngan Iman..


basikal gantung


ini budak-budak naik jambatan gantung


iols gayat.. so tak naik..hahhahaa


tu dia.. bosa bona helikopter dia..


air singgit.. plastik abis.. dia guna pastik bungkus plop..


terima kasih kerana melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson.. :)

masa nak balik dari sini, mak call pulak.. kata ayah dah discharge.. alhamdulillah... kes air keruh tu, nurse boh ubat antibiotik dalam air.. alhamdulillah sangat-sangat.. sebab risau juga.. jiran katil depan ayah tu meninggal sebab tiub kat perut tu ada infection.. memang kena jaga betul-betul... lepas ni.. kena jaga makan tauuu...


till then, tatababai

What's New

Post a Comment

0 Comments