Mendidik Anak Remaja: Cabaran dan Harapan Seorang Ibu
Mendidik anak, terutamanya apabila mereka melangkah ke alam remaja, adalah satu fasa yang memerlukan pendekatan yang berbeza. Perjuangan itu nyata. Mendidik anak remaja tidak sama dengan membesarkan anak kecil. Aku sedar, sebagai seorang ibu, aku perlu berada di tahap yang sama dengan anak aku agar dia berasa selesa untuk berkongsi segalanya dan menganggap aku sebagai sahabat baiknya. Namun, realitinya, komunikasi tidak semudah yang disangka.
Doa: Tiang Seri dalam Pendidikan Anak
Salah satu ketakutan terbesar aku dalam mendidik anak adalah kebimbangan jika aku tidak dapat menjadi ibu yang terbaik. Walau sebanyak mana pun usaha yang aku curahkan, ia tetap memerlukan kerjasama dua hala.. ibu dan anak.. untuk merealisasikan impian itu.
Inilah sebabnya dalam Islam, walau seburuk mana pun kita, kita sentiasa disuruh berdoa. Doa adalah tiang agama. Tanpa tiang, robohlah sesebuah masjid atau institusi keluarga. Aku mungkin tidak begitu arif dalam hal agama, tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha menjadi yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Apabila anak-anak melangkah ke alam remaja, marah-marah bukan lagi pilihan. Pasti ada pilihan lain untuk mendidik mereka.
Kadangkala, terlalu mengawal bukanlah jalan terbaik. Memberi sedikit ruang untuk mereka melakukan sesuatu di luar kawalan kita juga ada baik dan buruknya. Ini kerana anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Jadi, aku sebagai ibu, adakalanya melakukan kesilapan atau terlepas pandang.
Tekanan Rakan Sebaya: Ancaman Terbesar
Apa yang paling aku takuti adalah tekanan rakan sebaya. Inilah yang membuatkan aku lebih berhati-hati dalam membesarkan anak. Dengan pengaruh yang baik, insya-Allah anak-anak akan menjadi lebih baik. Tetapi jika terjerumus dalam pengaruh yang buruk, aku bimbang segala impian tidak akan menjadi kenyataan. Apatah lagi, para remaja ini sedang dalam fasa ingin tahu dan ingin mencuba segala-galanya.
Pesanan Untuk Anak
Aku selalu berpesan kepada Iman, "Awak tu sorang je anak mama. Mama takde anak lain dah. Siapa lagi yang mama nak bergantung harap kalau bukan Iman. Nanti mama mati,
Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja – minggu depan, tahun depan, atau selepas 100 tahun. Bersedia atau tidak, persiapan harus bermula dari sekarang. Jujur aku katakan, mendidik anak adalah satu perjuangan yang adakalanya membuatkan aku rasa ingin berputus asa.
kita kena sediakan mereka anil.. samalah anak kite pon sowang gak huhu
ReplyDeletePost a Comment
Thanks for your support