Diet √
Bersenam √
Puasa √
Tapi kesemuanya tidak berhasil !Yang lagi geram tu.. bukan je berat tak turun.. tapi makin naik pulak ! Hihihi.. Kenapa agaknya jadi macam ni? Keknil sendiri selalu terkena macam ni.. kadang sampai naik bingung fikir, apa la yang aku makan hari ni sampai 2kg berat aku naik.. Hahahaha
Stress
Yes! Ini adalah antara punca kenapa bila kita dah struggle diet, exercise dan puasa.. tapi berat tak juga turun. Pada asasnya, stress itu sendiri tidaklah menyebabkan berat badan kita naik. Tetapi, tekanan gred rendah yang berlaku setiap hari secara berterusan akan menyebabkan badan kita menyimpan lemak. Contohnya, hari ini, Keknil kerja mengadap PC dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.. non stop ye ! Kalau diikutkan secara logiknya, Keknil dengan tak makannya, boleh menurunkan berat sekurang-kurangnya 1kg la kan.. tapi selepas jam 5 petang.. Keknil balik rumah.. ambil anak.. masak, mandi, makan dan tidur.. Dan esoknya pula, Keknil timbang berat Keknil.. eh.. apasal semalam berat 80kg hari ni pun 80kg? Hahh.. nampak macam tak stress kan.. tapi sebenarnya, itulah yang dinamakan stress dalaman. Masa kita kerja, mandi, makan, masak, tidur.. pada masa tu otak kita sedang berfikir.. otak kita jadi berat.. badan kita jadi lemah secara alami.. Walaupun macam badan Keknil ni nampak je tough.. tapi hakikatnya.. lemah selemah lemahnya kerana apa? Unknown stress! Huhuhu.. Apa yang Keknil perlu buat? Takde la kan ngadap PC 8 jam sehari non stop ! Itu tipu namanya.. Hahhaha.. So, sambal-sambil ngadap PC tu.. sesekali restkan mata.. pejam beberapa saat untuk melegakan panas dalam mata tu.. Sambil-sambil buat kerja tu, sesekali buat simple exercise seperti buat regangan kaki dan tangan.. even kita berjalan ke tandas pun dikira sebagai exercise tau.. Insya Allah.. dapatlah kurangkan stress tu dan yang paling penting.. usaha kita untuk mengurangkan berat badan dapat ditingkatkan. ^_^
Berat otot bertambah
Pertambahan berat otot ini seringkali dikaitkan dengan kardio-exercise. Macam Keknil ni.. idok la buat exercise angkat-angkat berat tu.. memang belum sampai tahap tu lagi la kan.. untuk tahap beginner macam Keknil ni.. hanya setakat ke latihan aerodance yang diadakan seminggu 3 kali di kawasan rumah Keknil.. tu pun kadang Keknil ngelat.. siap pilih-pilih nak cikgu yang mana.. Kuangkuangkuang ! Ada kawan Keknil yang turut menyertai kelas aerodance ni, dulu lengan dia menggelebeh tau.. tapi sekarang.. dah nampak fit tapi yang buatkan dia selalu mengadu tu, berat dia tak turun banyak. Padahal dah exercise macam nak mati dah ni.. Hahahha.. jangan sangka yang exercise hanya berfungsi untuk turunkan berat badan tau.. Exercise juga turut membantu untuk fitkan badan kita. Mana-mana yang gelebeh-gelebeh tu, yang sebelum ni bila buat workout tak boleh buat lompat bintang.. sekarang.. Hahh.. Keknil bangga dengan diri sendiri kalau cikgu suruh Keknil buat 50 kali lompat bintang non-stop.. Keknil mampu buat sekarang ni tau ! Hahahha.. Ini bukan riak.. ini adalah pencapaian Keknil.. walhal sebelum ni.. Huhhh.. matilanak nak lompat 50 kali.. 10 kali pun mengah-mengah.. So, keep on exercise.. lagi-lagi usia makin meningkat ni.. lahaii… rasa rugi pula tak start exercise time muda remaja dulu.. Haahaha.. sekarang pun remaja juga.. remaja pertengahan.. Phuii…
Tidak makan cara yang sihat
Okey, kita kata kita diet kan ! Makan ikut gaya Atkins la.. gaya Kevin Zahri la.. Yes ! Semua tu betul.. takde betul salahnya.. tapi ikut pada diri sendiri. Tengok kekuatan korang kat mana. Keknil bagi contoh Keknil sendiri.. Keknil tak boleh makan banyak protein sebab uric acid dalam badan Keknil tinggi dan kena kurangkan pengambilan purin. So, automatic, Keknil tak boleh amalkan Atkins Diet. So, Keknil tukar cara makan Keknil.. pagi Keknil makan nasi lemak telur, tengahari Keknil makan bihun dan malam Keknil makan buah. Nampak macam sihat kan? Huhuhu.. tapi mari kita tengok balik.. pagi Keknil makan nasi lemak telur 2 bungkus.. Huihuii.. tengahari Keknil makan bihun goreng diikuti dengan sebungkus air sirap. Dan petang tak makan.. malam baru sambung makan buah. Tu pun dalam kuantiti yang banyak gile sebab lapar. Hahahha. Semua makanan tu akan nampak seimbang dan sihat JIKA dimakan dengan kuantiti yang betul.. So sekarang ni, Keknil sedang berusaha untuk kurangkan makan nasi lemak dari 2 bungkus ke sebungkus sahaja.. Huihuihuii Better start now than sorry, right !
Makan terlalu sedikit
Aiik.. tadi makan banyak tak boleh.. ni makan sikit pun tak boleh? Biar betul Keknil ni.. Hahhahaha.. Sabar uolss… baca kasik habis dulu.. Hihihi.. Prinsipnya mudah sahaja, Eat less calories + more move = wight loss. Tetapi prinsip ini hanya terpakai jika korang dah mempunyai ideal weight atau nak kurangkan berat dalam 2-3kg je.. Macam Keknil ni nak turunkan berat berpuluh-puluh kilo dik oiii ! Okey.. korang makan sikit.. tapi exercise angkat berat, zumba, aerodance, cycling, swimming… at then end apa jadi? Badan korang akan lemah.. Keknil dah pernah rasa situasi macam ni ye.. tapi bukan Keknil saja-saja tau.. Keknil cuma amik brunch pada waktu pagi sahaja.. then petang, Keknil makan 3 ketul brownies.. malam tu Keknil buat aerodance selama 1 jam.. 30 minit pertama Keknil dah hampir collapse.. Sebab? Bila kita banyak bergerak macam Keknil buat aerodance ni, ia menggunakan banyak tenaga. Adakah tenaga yang ada dalam badan kita tu cukup untuk kita bergerak? Yes.. ada yang kata fat yang ada dalam badan kita tu akan bertukar menjadi tenaga yang akan membantu kita untuk bergerak.. tetapi.. how fast is it? Kalau korang duduk sesaje atau setakat naik turun tangga.. Maybe it fast enough ! Tapi untuk korang buat pergerakan yang laju, lompat bintang and so on.. korang akan jadi macam Keknil.. pening, sekeliling rasa gelap dan akhirnya.. pitam.. jangankan nak weight loss.. lagi menyusahkan kawan-kawan yang nak angkat kita yang berat ni.. Kikikii
Tidak cukup tidur
Keknil ada terbaca, waktu terbaik dalam pembakaran lemak ini sebenarnya berlaku dalam waktu tidur. Hahh.. ini bukan maknanya korang kena tidur 24 jam hokey ! Kekonon lepas 24 jam tidur berat bole turun 10kg gitu ! Huihuii.. Memang tidak la kan.. Maksudnya disini, tidurlah secukupnya. Ini tak termasuk nap time tau ! Heheh.. ni tidur yang waktu malam dan bangun pada waktu pagi. Tidur yang cukup bermaksud tidur dari 7-8 jam sehari.. dah bangun tidur jangan terus timbang pulak.. pegi la mandi dulu.. huihuihui.. tapi jangan la pula timbang hari-hari.. timbanglah seminggu sekali ke.. barulah nampak kesannya.. ^_^
Terlalu takutkan gemuk
Siapa yang tak takutkan gemuk kan.. setiap kali bila terfikirkan tentang tu.. mesti ada je side action yang kita akan buat.. Contohnya makan pil kurus, tak nak makan, puasa dengan niat untuk kurus, over-exercise dan sebagainya. Menda ni semestinya akan membuatkan berat badan korang menurun tetapi akan ada side-effectnya. Kalau boleh.. kita nak kurus secara sihat.. Bukan bila dah kurus kang, macam-macam pula penyakit yang datang.. silap-silap dapat penyakit buah pinggang terus.. Nauzubillah ! So, just act normal.. Yes.. Keknil memang gemuk.. tapi apadehal.. Keknil berusaha juga la walaupun tak la bersungguh-sungguh sangat pun nak kurus kan.. Contoh sekarang berat Keknil 80kg.. dan berat ideal Keknil adalah 49kg.. nampak macam wowwww… 49kg kottt… confirm aku kurus, cantik menawan, aku memang da’bomb ! Tapi nak dapatkan berat ideal tu perlukan masa, perlukan usaha dan semangat. Kalau nak cepat.. buat je la liposuction tu hahh.. kalau ada side effect.. sendiri tanggung.. Huihuiii…
Sebenarnya ada banyak lagi.. walau apapun caranya, ikut cara dan badan sendiri. Yes.. kadangkala kita perlukan guide dan sokongan. Korang boleh refer dari banyak source, tips dan cara untuk turunkan berat secara sihat.. tapi pastikan cara yang korang guna tu sesuai dengan korang. Jangan main hentam keromo je.. Nanti lain pula jadinya.. ^_^
Makanya, sampai disini sahaja tips perkongsian yang dapat Keknil kongsikan untuk korang kali ini. Insya Allah, next time.. ada masa.. Keknil akan sharekan tentang perkara lain pula.. ^_^
till then, tatababai
1 Comments
Ohhh, patut la. Hm. Salah anggap dgn diet sebenarnya :')
ReplyDeleteThanks for your support