Assalammualaikum..
Ahad lepas aku berpeluang untuk hadir ke sesi pengenalan
Butik Yaya Couture oleh pemiliknya Yaya Rosly dalam mempromosikan koleksi
terbaru butik beliau untuk Hari Raya yang bakal menjelang nanti.
Kalau korang nak tau… Yaya Rosly ni adalah merupakan fashion
designer yang dah berpengalaman 4 tahun dalam dunia fashion ni. Dan yang
uniknya yaya Rosly ni, speciality beliau dalam dunia fashion ni adalah mereka
baju-baju untuk saiz genit. Hah.. genit tu apo? Genit tu petite le.. Tapi walaupun
speciality beliau ni mereka baju-baju untuk orang bersaiz petite.. korang yang
tinggi-tinggi ni jangan la risau.. Yaya Rosly still boleh design baju untuk
orang-orang tinggi macam aku ni.. eh.. aku gemuk.. pun boleh juga… saiz apa pun
ko cakap je.. Yaya Rosly boleh ukur dan design baju cecantik untuk korang.
Jangan tak tau, Elizabeth Tan yang tinggi lampai tu pun pernah pakai baju yang
direka oleh Yaya Rosly tau… hahhh… sekecil-kecil baju yang Yaya Rosly reka
adalah untuk Adik Mia Sara Nasuha. See.. tak kisah ko saiz apa.. semua yaya
Rosly boleh design.
Yaya Rosly Boutique
Since Yaya Rosly akan mengeluarkan koleksi terbaru beliau sempena Hari Raya nanti, mesti korang teruja kan.. macam aku juga la.. teruja gile nak tengok design terbaru Yaya Rosly ni. Seperti dimaklumkan, Yaya Rosly ni bakal mengeluarkan lebih dari 20 design baju untuk Hari Raya nanti. Dan yang paling best, kesemua design tersebut adalah LIMITED! Hahhh.. so, korang tak perlu risau kalau tersama baju dengan jenjiran rumah korang sebab memang LIMITED ITEM. Unless kalau korang nak sedondon-dondon berbaju raya dengan jiran-jiran korang la kan.. hihihi
Menariknya, walaupun Yaya Rosly ni boleh design berbagai saiz baju... tapi beliau tetap komited dan sudi mencadangkan jenis design apa yang sesuai mengikut bentuk badan dan personality pelanggan. Contoh macam aku kan.. aku suka pakai skirt kan.. so, Yaya akan suggest design skirt apa yang sesuai untuk aku. Bukan hantam keromo je nak pakai A-Line skirt ke, V-Line ke.. ikut bentuk badan kita.. Macam aku ni gemuk.. so, dia akan suggest jenis kain, corak kain dan yang penting.. design kain tu supaya aku yang gemuk ni tak la nampak gemuk.. tapi nampak anggun, ayu dan cantik. Ececece..
Yaya bersama rekaannya
jelas dan yakin menjelaskan tentang rekaan yang dikeluarkannya
Ironinya, aku adore pereka fesyen macam Yaya Rosly ni sebab dia bermula dari bawah.. bukan bukak kedai terus femes tau. Kalau dalam dunia fashion ni, 4 tahun ni lama tau untuk bertapak. Dan alhamdulillah.. beliau berjaya berkat sokongan dari keluarga dan kawan-kawan beliau. Lagi aku terharu, Yaya juga gunakan khidmat adiknya Aishah Rosly sebagai model untuk memperagakan baju-baju rekaannya. Bagus sangat la kan… kakak pereka.. adik jadi model… suwit sangat…
Semasa sesi pengenalan tersebut, Aishah sempat memperagakan beberapa rekaan Yaya Rosly vogue sangat.. I is jeles sebab baju dia cantik-cantik sangattt… Bila disarungkan pulak baju tu kat Aishah.. lagi la I jeles sebab ramping betul dia.. isk.. isk.. aku hanya mampu melihat sambil berdoa minta-minta esok aku kurus.. kuangkuanggg…
antara koleksi dress rekaan yaya
corak lipan
dress lace
lace material yang sangat berkualiti
selain dari baju, Yaya juga ada design kasut
antara material kain yang digunakan
antara dress rekaan Yaya
antara dress yang pernah dipakai oleh artis terkenal negara
detailing yang sangat sempurna
antara baju yang diperagakan oleh Aishah
simple tapi kemas
detailing di leher yang memukau
detailing bahagian belakang juga sangat cantik
yang ni aku suka
kristal swarovski tauuu
detailing di bahagian leher
detailing corak lipan di bahagian belakang
zoom sikit
yang ni pun aku suka
detailing di bahagian depan dan tangan
kemas dibahagian dada
detailing di bahagian belakang..
Dari pandangan mata aku, rekaan Yaya ni memang fokus more on detailing. Kalau korang perhati betul-betul, corak susunan manik-manik kat baju tu.. fullamak.. cantik sangatttt… kalau aku yang buat.. 3 bulan belum tentu siap kot… Selain dari baju-baju untuk wanita, Yaya juga ada design baju untuk lelaki juga tau. Ini mau aku order satu set baju untuk aku ngan encik suami ni. Sebab memang cantik sangat. Walaupun design untuk lelaki, tapi detailing dia tetap tak tinggal. Semuanya handmade tauu.. Adore sangat dengan rekaan-rekaan Yaya ni..
antara design pakaian lelaki
jahitan tangan tau ni..
antara koleksi lain
Terima kasih kepada Yaya kerana sudi menjemput kami untuk sesi pengenalan ni.. dn of course, kepada Halim dari HaiBlogger! Tanpa Halim, tak kenal la aku dengan Yaya Rosly ni dengan lebih dekat lagi. Sebelum kami beransur, Yaya berbesar hati untuk menghadiahkan kepada kami goodies bag yang yang mengandungi Durrah Chaftan dan aksesori rantai leher bernilai RM150 yang direka dan dijahit khas oleh Yaya untuk kami. So suwit! Semoga murah rezeki Yaya, Amin.
Yaya menunjukkan Durrah Chaftan dan aksesori
Aishah memperagakan Durrah Chaftan dan aksesori leher
goodies bag dari yaya
sahabat blogger yang turut hadir
terima kasih Yaya untuk goodies bag ni..
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat Yaya Rosly,
boleh hubungi Yaya :
Alamat : Butik :E-8-1,PP25,Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri
Kembangan, Selangor
Whatapps : 012-646 0210
Media Social
Website : http://www.yayarosly.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Yaya-Rosly
Instagram : https://instagram.com/yayarosly/
till then, tatababai
What's New
2 Comments
wahhhhh cantik2 rekaannya
ReplyDeleteKann..design Yaya Rosly sangat lah cantik semuanya. Nasib baik Emi tak kawen lagi, nak kawen nnt boleh la tempah dgn Yaya. Hihi. Durrah Chaftan tu Emi dah try, mmg cantik terletak je kat tubuh. Selalunya baju kaftan lain klu Emi pakai mmg nampak besar sbb Emi kurus. T yg Yaya design ni mmg just nice dgn tubuh Emi :)
ReplyDeleteThanks for your support