Blogger's Day Out yang havoc!!!!!

Assalammualaikum...

Aku stop kejap cerita Korea ye sebab nak bagi laluan pada Blogger's Day Out yang sangat best lagi terbaik!!!! Aku tak boleh berhenti dari memikirkan betapa havocnya event tu..

Seperti sedia maklum, Blogger's Day Out anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah dijalankan dengan jayanya pada 26 April 2015 yang lalu bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Ini adalah penganjuran julung-julung kali KBBA dan tak sangka.. sangat meriah dengan kehadiran lebih dari 80 orang termasuk blogger dan pasangan. Yang paling penting, encik suami akhirnya dapat kenal dengan orang-orang yang selama ni aku dok cite bila pegi event. Takde la sakitnya tuh disini kerana cemburu melihat sang isteri dok gelak-gelak suka tengok phone.. kuangkuangg...

yeayyyy


urusetia yang sangat setia

Acara pagi dimulakan dengan pendaftaran oleh blogger-blogger. Lebih kurang jam 9 pagi, aktiviti dimulakan dengnan bacaan doa, kata-kata aluan oleh wakil KBBA iaitu Lan Careno dan sedikit senaman ringan yang diketuai oleh Fatin Bella. 

orang bg ucapan, kitorang wefie.. erkk

Lepas tu, kitorang masuk dalam group masing-masing.. dan aku adalah kumpulan BIRU.. yeayyy... lepas pembahagian group, kitorang masuk dalam golf range course sebab nak pukul bola golf ni.. hahaha.. first time wei pukul bola golf.. dan masa turn aku plak.. sebab aku tengok ramai yang pukul angin.. kikikii.. so, aku gunakan cara lain iaitu, aku songket bola tu ala-ala main hoki plak.. hahaha.. boleh pulak bola golf tu masuk laju je dalam range.. kikikiii.. janji tak pukul angin kannn.. hahahaha

tunjuk ajarku sifu

helena beraksi..

abam besar cuba beraksi.. dan...

berjaya... pukulan yang agak jauh ke luar pagar.. hahaha

Acara seterusnya, kitorang main badminton plak.. nampak cam biasa-biasa je kan.. hahh.. yang mencabarnya game ni, 6 orang satu team sekali masuk dalam gelanggang.. dan hanya dibenarkan 1 raket sahaja untuk setiap team.. ko mampu ke nak pukul shutlecock bila ko tak pegang raket? Aku tengok siap ada yang libas shuttlecock tu pakai tangan pun hado.. hahahah... tujuan buat game ni adalah untuk tengok semangat berpasukan korang.. so, macam kami di team BIRU.. kitorang dah plan strategi siap-siap.. makanya, untuk 2nd game, kitorang MENANG!!! yeayyy.. tapi diperingkat seterusnya kitorang kalah.. eh.. takpe la.. apadehal menang kalah tu.. apa yang penting.. kerjasama.. ^_^ 

Go..go.. team BIRU

team kaler lain..

team lawan

team BIRU.. go.. go.. BIRU..

gegirl in BLUE

tayang baju pulak.. hihih

Lepas berpeluh main badminton, kitorang pegi main go-kart pulak.. best sangat.. tapi aku tak main la sebab nak nampak adil pada Iman kan.. dia nak main.. tapi dah tak cukup tinggi.. since encik suami nak main.. so, bagi je la encik suami main.. aku ngan Iman jadi pompom girl je.. hihihi

taklimat keselamatan Go-Kart

semua fokus

encik suami bersedia untuk beraksi

ready....

Lepas peluh-peluh ketiak main go-kart, kitorang makan tengahari kat Bayou Coffehouse sebelum berhenti seketika untuk solat dan rehat. Game seterusnya disambung semula pada jam 2.30 petang iaitu Paintball.. Sape suka??? Angkat tangan...

wefie dulu sebelum makan

ngan Juju, rini tak bawa periuk doraemon dia.. hihihi

Aku.. suka tengok.. aku tak main sebab aku pakai spek.. hahaha.. bole tak bagi alasan tu.. sebabnya aku dah ada experience main paintball masa team building dulu.. aku la yang pertama kena tembak.. aku la yang pertama mati.. hahahaha.. sebabnya cermin mata aku berkabus.. so, aku takmo amik risiko. Aku wakilkan je encik suami main Paintball ni.. memang makanan dia la kannn... puas hati dia main paintball tu..

paintball time....

Diam tak diam.. eh.. dah petang rupanya.. semua dah kepenatan tapi happy sangat sebab sebelum ni jumpa kat alam maya je kan... bila dah jumpa depan mata.. hamik kauuu... macam mana ramahnya kat alam maya, macam tu la juga ramahnya bila bertentang mata..

Sehingga kita berjumpa lagi, dilain masa, dilain hari... i miss you guyss!!!!



Terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari atas persahabatan ini... i'm so touched.. terima kasih juga kepada semua penaja yang sudi menaja tempat, makanan, door gift dan hadiah untuk cabutan bertuah kami.. semuanya awesome... ^_^

Kelab Komuniti Cyberjaya www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
Cyberview Cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy www.crazycrunchy.com/pengedar


till then, tatababai

What's New

Post a Comment

1 Comments

  1. ramai yg seakan serupa wajah walau tak sama.. .kalersedondon sedondon. taksempat.bertegursapa kita..kan kan.

    ReplyDelete

Thanks for your support