Assalammualaikum..
Hari ni nak check out sudah... nak ucapkan selamat tinggal kepada Koh Samui katanya.. ^_^ pagi tu.. aku buat mushroom soup je.. habiskan sisa-sisa makanan yang ada.. lepas tu, packing barang sebab kul 12.30 tengah hari nanti van akan amik kitorang kat hotel. so, pagi tu.. sempat la anak beranak seme berendam kat pool buat kesekian kalinya. Lepas tu, siap-siap mandi dan bersiap sebab nak amik gambar sebelum balik katanya. Hahaha.. photoshoot sokmo... kahkahkah...
Sebelum keluar untuk amik gambar tu, aku tulis dulu poskad untuk kawan-kawan di Malaysia. ehem.. macam jauh bebeno kan.. kikikii... dah siap tulis bagai, baru la kitorang keluar pegi kat pantai belakang villa tu.
mushroom soup
sesi menulis poskad
poskad untuk kawan-kawan yang diingati
sesi wefie bermula
selfie pulok
lompat Iman.. lompat..
muntoh..
pemandangan cap ibu dan anak
pandang belakang
simanja anak dan bapak
ko dah kenapa?
Lepas abis amik gambar.. kitorang pun check out. Sambil-sambil tunggu van tu, aku sempat godek AirAsia sebab nak beli makanan dalam tu. Dah bajet dalam flight nak makan makanan Malaysia dah ni. Tak sampai seminggu dah rindu nasi lemak.. macam mana ni wei... haahaha
AirAsia
Lepas setel tambah meals dalam flight, aku terus wat web check-in sebab nanti kat Suratthani hotel belum tentu ada Internet kan. So, gunakan kemudahan yang ada. Since kitorang tak sempat nak singgah post office, aku pas je poskad untuk diposkan tu kat staff di Samui Boat Lagoon ni. Baik sangat dia ni tauu... siap cakap, takpe takpe.. saya boleh poskan.. so suwitttt...
Kitorang siap dapat beg cenderahati dari Samui Boat Lagoon.. somel sangat.. memang berbintang-bitang la kitorang bagi kat hotel ni.. semua best kecuali anjing.. kahkahkahh..
terima kasih hantarkan poskad.. ^_^
merenung keluar jendela.. rasa takmo balik..
cenderahati dari Samui Boat Lagoon
kalu korang perasan rating untuk hotel ni by booking.com tu, 8.3 kot.. perghh.. memang puas hati..
Tak lama lepas tu, van pun datang pick up kitorang kat hotel. Time to say goodbye. Van ni tak bawa kitorang terus ke jeti ye. Dia turunkan kitorang kat Perhentian Bas di Koh Samui. So, kitorang amik bas kat situ dan bas itu la yang kitorang akan naik sampai ke Suratthani nanti. So, kena ingat nombor plat bas tu supaya korang tak salah naik bas. Since aku ni mudah lupa, aku snap je gambar bas dan no plat bas tu.. huhuuh.. lagipun perjalanan masih jauh.. banyak lagi nombor yang aku kena ingat.. hihiih..
van amik kat hotel
dalam van
perhentian bas Koh Samui
bas kami
Kalau korang nak tau, bas ni akan ikut naik feri sekali tau. Hahh.. tak penah nampak kan? Aku first time tengok bas ni masuk dalam feri. Nampak sangat la feri tu besar babun sampai muat banyak-banyak bas dalam tu.
Sampai kat depan entrance nak masuk feri tu, bas turunkan penumpang kat situ. Kitorang la antara penumpang tu. Then jalan macam biasa la masukkan tiket feri dan masuk ke dalam feri. Terus cari tempat duduk. Feri ni lain sikit dari feri yang masa pegi tu.. yang ni macam lebih besar sebab dia 2 tingkat. Seat dia pulak macam seat feri pegi Langkawi tu. Tapi lagi besar dan ada banyak section.
cuaca nan cerah
menghala ke jeti
slot in card untuk masuk
kalau awal boleh tunggu kat sini.. tapi kita sampai ngam-ngam.. so terus masuk dalam feri
boarding
suka la tu nak balik
masuk dalam feri
antara seat
ada kedai dalam ni
more seat
and more seat
and more seat
tandas dia bersih
jeti Koh Samui
Perjalanan masa balik lebih kurang je dengan masa pegi. Cuma masa balik ni kitorang lebih santai. Kejap-kejap aku dok luar tengok pemandangan. Tapi asik kena marah ngan encik suami je sebab kena kacau ngan orang-orang kat luar tu plus angin kuat. Dia takut aku jatuh la tu.. hihihi
bye Samui.. till we meet again
cotton candy cloud
matahari atas kepala
Lepas bangun tido bangun tido.. kitorang pun sampai kat Donsak Jetty. Ada 2 pintu nak keluar dari feri ni. Kalau turun ke Koh Samui, make sure beratur kat signboard 'Exit to Koh Samui' kalau turun ke Donsak, beratur kat signboard 'Exit to Donsak'.
Turun-turun je. Memang laju la kitorang jalan sebab nak kejar bas. Bahahha.. kat sini macam konfius sikit nak tunggu bas kat mana. Sebab dalam tiket tulis soh tunggu kat lain, tapi bas tunggu kat lain. Last-last kitorang tunggu tepi jalan je. Nampak je bas, terus follow bas tu dan naik.
ketua rombongan
bas kitorang dah sampai
Bas ni la yang akan bawa kitorang ke hotel masing-masing kat Suratthani sebab dah include package. Tapi yang tak bestnya, bas ni tipu tau. Dia benti kat tepi jalan, pastu dorang dah siap-siap deal ngan tuktuk kat situ soh pick up kitorang. Pastu plak kena bayar plak tu. Patutnya pakej THB550 tu dah include tau sampai hotel. Malas nak gado, bayar je la.. Nasib la THB40 je. kalau THB400 memang aku sembelih pemandu bas tu.
bas berhentikan kat sini soh kitorang naik tuktuk
Pas dah naik tuktuk, tuktuk tu berhentikan kitorang betul-betul kat depan hotel kitorang kat Suratthani tu. Alhamdulillah.. tak yah la jauh nak berjalan kan. Hotel ni hotel baru lagi, so dalam dia seme baru-baru lagi. Cantik pulak tu ala-ala English Style design. Masa nak check in, cakap ngan reception tu macam ayam dengan itik. Dengan dia tak boleh berbahasa English, aku plak takde la stadi gila-gila bahasa Thailand ni. Nasib la dia ada tulis nama dalam rekod dia. Murah je hotel ni, THB490 semalam. Okey la setakat untuk persinggahan kan.. ^_^
Chic Hotel
bilik kami
Nanti aku wat review hotel ni.. kitorang memang penat sebab banyak transit-transit transport ni kan.. so, lepak kejap dalam bilik then baru kuar cari makan. Ada Tesco Lotus tak jauh dari hotel tu.. kalau keluar dari hotel tu, amik ke arah kanan dan terus je.. encik suami nak explore Suratthani lebih jauh lagi tapi aku dah penat. Iman pun dah letih. Lagi pulak esok pagi dah nak kena pegi airport pulak. So, malam ni rasa nak rehat je..
Barang-barang kat Tesco Lotus ni murah-murah juga. Aku tengok air mineral dia tak sampai RM1 pun.. pepasal kat Malaysia mahal sangat air mineral ni ek?
murah tak air coke ni THB10?
air mineral THB7!!!!!
murah giles
Dah abis beli barang makan kat Tesco Lotus tu, kitorang pun balik hotel. Dah gelap dah masa tu, dengan penatnya. So, malas nak singgah mana-mana. Malas tu kitorang repack balik barang dan tido dalam keadaan yang sangat penat..
comelnya motor ni
basikal pun somel..
till then, tatababai
What's New
1 Comments
Selesai day 4 :)
ReplyDeleteThanks for your support