Wangi sepanjang hari dengan Enchanteur Paris

Assalammualaikum

Siapa tak kenal dengan jenama Enchanteur Paris yang merupakan antara jenama produk penjagaan peribadi dan wangian yang diinspirasikan dari Perancis. Tak dapat pegi Perancis kan, dapat produk dia pun jadi la.. Hihihihi.. Produk Enchanteur Paris memang sudah dikenali ramai sebagai produk wangian tak kira la apa jua produk yang dikeluarkan samada deodoran, serum mahupun losyen.

Sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia, baru-baru ini Enchanteur Paris telah mengeluarkan rangkaian produk terbaharu untuk penjagaan kulit dan kekal segar dan wangi sepanjang hari.


Wangian Mon Amie (Kuning)
Mengandungi Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun yang berfungi untuk melindungi dan melembabkan kulit. Wangiannya yang ringan sesuai digunakan untuk bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 



Wangian Belle Amour (Merah Jambu)
Dengan formulasi Sakura, Ekstrak Lukoris dan Vitamin B3, wangian ini turut berfungsi untuk mencerahkan kawasan bawah lengan dengan pencerahan 3 kali ganda. Wangian merah jambu yang romantik dan sensual pasti membuatkan hari korang bersama tersayang lebih bermakna.. 



Adore (Ungu)
Bagi yang inginkan wangian yang tahan lama sehingga 24 jam, wangian Adore ini sangat sesuai untuk korang. Diaktifkan dengan bahan aktibakteria, wangian berunsur bunga-bungaan dan buah-buahan ini mampu menambahkan keyakinan serta mampu melindungi kulit daripada sinar UV, pencemaran dan kuman. 



Kesemua produk dari rangkaian Enchanteur Paris ini boleh didapati di kesemua pasaraya besar di seluruh Malaysia dengan harga dari RM7.90(85ml) sehingga RM18.00 (300ml).

Untuk maklumat lanjut, sila layari keterangan seperti di bawah :



till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

Thanks for your support