Monday, March 2, 2015

Backpackers ke Krabi

- Schedule entry -

Assalammualaikum..

Salam Isnin.. ^_^ baiklah.. dah hampir sebulan balik dari Krabi, baru la hegeh nak update ye.. hihihi..

Flight kitorang ke Krabi pada jam 730 pagi.. tapi kena ada kat airport awal pagi la kan.. so seawal jam 4.00 pagi kitorang dah bangun dan bersiap.. sebab nak mengejar train awal pagi ke KLIA2.. huhuu.. gigih sangat..

Park kat Stesen ERL Salak Tinggi.. dan bergegas beli tiket ERL. Walaupun baru jam 5 pagi.. tapi dah ramai orang wokey.. gigih semua orang bangun awal nak dapatkan keberkatan rezeki kan.. ^_^

Even dalam ERL pun penuh.. siap ada yang berdiri.. hihihi.. lebih kurang jam 540 pagi.. dah sampai KLIA2.. kekonon nak cari money changer.. tapi awal pagi kot.. seme tutup lagi.. so, teruskan je la perjalanan ke check in kaunter. Konsep ke Krabi ni adalah backpackers, so memang takde check in luggage bagai.. semua hand carry. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.

Dah hampir jam 6 pagi.. memang tak tunggu lama la terus ke Gate P10.. dengan backpack kat belakang memang kurus di buatnya ke Gate P10 tu.. hahahah..

Dah selesai boarding, letak beg, aku terus bawa Iman pegi solat. Nasib la tak ramai orang. So takde la berebut-rebut. Lepas tu, amik turn pulak dengan encik suami.

Dia selesai solat dan kembali ke Gate P10.. terus ada pengumuman suruh masuk flight. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya.

Flight very smooth.. cuma kadang ada gegar-gegar sikit tu biasa la.. isi arrival card, lepas tu aku pejam mata bebuat tido.. sebenarnya aku nervous.. dalam hati ni tak habis-habis berselawat... moga dipermudahkan perjalanan...

ready for boarding

duit yang dah siap siap tukar

we're backpackers..

pukul 5 pagi

KLIA2

anak bapak

gate P10

isi arrival card

Alhamdulillah.. akhirnya selamat sampai di Krabi Airport. Lepas urusan imigresen, terus kitorang turun dan cari kaunter bas. Lokasinya lepas turun escalator tu, ada banyak-banyak kaunter sebelum exit tu,, dia ada tulis Shuttle Bus. Since trip sebelum-sebelum ni kitorang ada airport transfer, tapi kali ni, takmo amik airport transfer. Kata backpackers kann.. so, mari kita naik bas.

Tambang dari Airport - Ao Nang, 150 Baht per pax, untuk kanak-kanak macam Iman.. FREE sahaja. so, total damage is 300 Baht for 2 paxs.

Walaupun nampak macam bas buruk.. tapi condition bas tip top wokey.. worth la 150 Baht per pax tu dengan perjalanan dan transit semua sampai depan hotel.

Sementara menunggu bas penuh.. kitorang usha-usha dulu line Internet kat situ.. sebab sebelum tu dah beli sim card for tourist. So, nak try la connection dia.. laju ke idak.. fuhh.. laju uolsss.. guna phone aku, lepas tu share Internet ngan encik suami.



Bus fare

Bas kami

jom naik bas


tiket bas

condition bas.. vavavoom

tempat letak beg

tu dia.. back mereka.. owner beg tu pompuan minah salleh wokey..

dan kami.. ^_^

aku dan lesen backpackers

drebar bas

Aku pun tak tau kat mana.. bas ni ada berhenti dan tanya nama hotel.. aku pun sebut la nama hotel, pastu dia soh turun. Sebabnya bas ni tak masuk kat area hotel tu, so kena transfer. Aku macam cuak gak.. haihh.. ada charge lain ke ni? Tapi dia kata takde.. so, alhamdulillah.. bas ni akan lalu kat main road je.. hotel yang aku bakal duduk tu kat belah dalam sikit.. kira kalau dari main road tu, dalam 5 minit walking distance.

So, termasuk aku sekeluarga, ada 6 orang yang turun dari bas tu dan kitorang kena tunggu van untuk transfer ke hotel. Kejap je tunggunya.. tak sampai 5 minit.. van pun sampai dan kitorang pun naik dan terus di bawa ke hotel. Betul-betul depan hotel. Marvelous servis dorang ni.. 

bas transit

berhenti kat sini.. 

pastu naik van ni..

weolsss..

Lebih kurang jam 9 pagi.. kitorang sampai depan hotel.. so, memang worth la naik bas ni.. cuma pastikan korang tau hotel yang korang duduk tu.. kalau masa korang sampai takde hotel lagi.. kira gamble la kan.. cakap je nak turun kat Ao Nang.. pastu bole la korang jalan kaki cari hotel.. berlambak backpackers hostel kat area Ao Nang tu.. ^_^


till then, tatababai

What's New

5 comments:

  1. entry krabi sudah keluar
    tuan dah smpai korea hehehe
    backpackers pun ada lesen ya..baru ku tahu
    cantik sungguh beg itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofu,
      beg tu beg sendiri.. tampal je patch tu.. hihihi

      Delete
  2. kalau takde 'lesen' tu tak boleh jadi backpacker ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla,
      tak la.. sesiapa je bole jd backpackers.. patch tu simbolik sahaja sbb join dengan group backpackers.. ^_^

      Delete
  3. sim kad tourist tu beli kat mana? hrga berapa?

    ReplyDelete

Thanks for your support