Tuesday, March 19, 2013

Puasa ganti ke puasa sunat?


korang dah abis ganti puasa?

bape hari korang kena ganti?

hehe.. sebenarnya saje je wat entry pasal pose ganti ni sebab ari ni saya puasa.. tapi bukan puasa ganti.. puasa sunat je.. :) alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik dan berpeluang menjalani ibadan puasa ni dengan sempurna.. amin..

semalam saya ada terdengar2 kawan2 saya bercerita tentang puasa ni.. antara kata-kata yang diutarakan adalah

'aku nak puasa sunat Isnin ngan Khamis. Insya allah dapat pahala lebih.. amin'

'semalam aku dah niat nak puasa ganti, tapi rini macam tak larat nak puasa je..'

'bole ke agaknya nak gabungkan puasa sunat ngan puasa ganti ek?'

itu antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya kita kan.. :) malah, dulu saya pun camtu gak.. tertanya2.. yang mana patut didahulukan..

so, hari ni, saya telah bertanya kepada Pakcik Gugel pasal puasa ni..


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha


Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)


Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.


Kredit to : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html

so, dah dapat jawapan kan?

bagi saya sendiri.. adalah lebih baik buat yang WAJIB dulu.. barulah yang SUNAT.. ye tak? so, biasanya kalau saya puasa ganti, dalam bulan Syawal tu juga saya akan habiskan puasa ganti tu dan disambung terus dengan puasa enam. tapi kadang tu malas juga, maklumlah.. saya ni pun manusia yang lemah.. ahakss.. kadang tak sempat puasa enam pun sebab puasa ganti tak berganti-ganti.. :P walhal bukan lama sangat pun.. tapi dok memenuhkan perut ngan jemputan open house bagai.. jadi terbantut.. kikiki.. #alasan

ada juga yang dah niat puasa ganti, tapi batalkan niat tu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. ye tak? pada pendapat saya sendiri.. puasa ganti ni ibarat puasa pada bulan Ramadhan.. hukumnya WAJIB ditunaikan..kalau dah niat tu, kena la tunaikan kan.. puasa sampai habis waktu.. melainkan ada perkara yang menghalang samada faktor kesihatan ataupun DATANG BULAN bagi perempuan.. sama cam kita dah niat pose bulan Ramadhan.. bole ke kalau tengah2 pose time bulan Ramadhan tu, kawan kita yang bukan Islam ajak makan.. bole ke kita batalkan pose kita sebab nak temankan kawan kita tu makan? mesti la tak bole la.. kawan kita tu kena la hormatkan kita, yang kita tengah pose ganti.. :) kalau tak nak kawan majuk, sentap ke apa ke.. ajak kawan tu pose skali ngan kita.. kalau pose ganti dia dah abis berganti.. ajak dia puasa sunat.. so ada la kawan nak puasa kan.. :) so.. camtu juga pendapat saya kalau kita puasa ganti ni.. tapi kot la ada orang ada pendapat berbeza.. takpe.. ni cuma pendapat saya je..

so, rini saya puasa sunat sebab saya dah lama tak berpuasa. lagipun, dengan puasa ni dapat mengawal diri saya dari macam2 hal.. maklum la..skang ni macam2 hal yang boleh mengganggu gugat emosi ni.. hukhuk.. so, dengan berpuasa ni.. macam2 hal yang tidak diingini boleh dielakkan.. insya allah.. dan akhir sekali.. boleh la mengawal pemakanan saya yang 2-3 menjak ni pelahap giless... kikikii.. since saiz pun dah menjadi BIG, BIGGER, BIGGEST.. so, kena la kawal pemakanan.. supaya tak menjadi SUPER BIGGEST plop.. :P



till then, tatababai


No comments:

Post a Comment

Thanks for your support