6 Part Time Job Untuk Kaki Travel !

Assalammualaikum..

Baru-baru ni ada sembang-sembang dengan kawan-kawan travel.. nak cari part time job katanya yang boleh bantu tingkatkan hidup.. maklum la.. orang-orang non hado macam kitorang ni, nampak je macam kaya raya.. pegi travel sana sini macam pramugari.. baru turun flight, dah naik flight lain.. kikikiii.. tapi hakikatnya, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. ^__^



Begitulah hidup kami sebenarnya.. tapi saje kitorang tak nak bagi korang nampak kitorang ni susah.. sokmo happy-happy.. sokmo act macam orang ada-ada.. bukan sebab berlagak.. tapi kitorang ni memang hantu berjalan.. kuikuikuiii..




So, meh nak share kat korang, apa part time job yang kitorang buat dan korang mungkin boleh cuba untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi dan boleh la naik turun flight sokmo.. hiksss...

1. Pereka Grafik


Bercerita tentang pereka grafik, bukan semua orang ada kemahiran ni kan.. tapi bagi yang ada kemahiran, menda ni bole dijadikan sebagai side income tau.. aku sendiri dulu pernah buat kerja ni secara part time.. buat untuk buku cerita, satu buku tu boleh la dapat dalam RM200 - RM300.. tu pun depends pada berapa muka surat yang ada pada buku tu. Luangkan sedikit masa di waktu rehat, kena sacrifice waktu rehat la kan.. untuk perah idea.. dan apabila malam menjelma.. jadi burung hantu siapkan artwork.. kikikii..

2. Pereka Hiasan Dalaman


Ini pun lebih kurang macam kat atas tu, kalau ada kemahiran penggunaan perisian AUTO CAD dan sebagainya.. memang kerja mudah untuk korang.. aku sendiri pernah minta bantuan kawan aku untuk buat dekorasi dalaman kat rumah aku ni.. untuk idea + lukisan siap tu, boleh cecah RM1,000 untuk satu ruang. Depends pada kemahiran dan kreativiti korang.. Fuhh.. kalau aku pandai buat kerja-kerja ni.. memang tetiap minggu aku pergi bercuti.. kikikiii

3. Perancang Percutian Peribadi



Ramai geng travel aku buat macam ni.. since sekarang ni zaman IT.. semua orang nak mudah.. tau-tau siap je.. so untuk hantu travel macam kitorang ni.. menda ni pun boleh dijadikan sumber pendapatan.. takde la banyak sangat dapat kan.. tapi kalau 1 itinerary tu ada 6 hari.. satu hari korang charge RM10.. untuk 1 itinerary korang dah boleh dapat RM60.. tu baru 1 itinerary.. kalau korang boleh buat untuk 5 itinerary? Lepas juga la tiket pergi balik ke Jakarta.. ^__^

4. Jual Barangan Vintage / Bundle


Aku amik contoh, kalau korang ke Bangkok.. korang akan jumpa banyak sangat kedai-kedai bundle dan vintage. Menda ni boleh dijual tau? Contoh korang beli barang bundle dengan harga RM50, tapi market kat Malaysia korang boleh dapat harga RM100.. Gitu-gitu je dah dapat untung RM50.. Tu baru untuk 1 barang.. Huhuhu.. pergi travel bukan sebab nak cari souvenir untuk orang je.. tapi kena la pandai juga cari income melalui travel ni.. dan ini adalah salah satu caranya.. ^__^

6. Jurugambar


Biasanya kaki travel memang akan suka sangat amik gambar.. jangan tak tau, gambar-gambar unik yang korang amik tu kadang-kadang memberikan nilai komersil tau.. siapa tau, gambar yang korang amik tu boleh jual.. kalau boleh jual tu memang untung la.. tapi ada juga yang amik gambar dan join contest.. Hahhh.. tu lagi untung.. dalam travel korang dapat percutian berganda.. tup tup menang pulak contest tu.. Kot gambar korang tu menang contest penginapan kat Langkawi ke.. tak ke dah jimat accomodation tu.. ^__^

7. Blogger


Akhir sekali, ini yang aku buat la.. jana income melalui blogging. Walaupun takde la sehebat macam Ben Ashaari, tak semewah macam RedMummy, tapi yang penting.. rezeki yang halal dan sekurang-kurangnya.. ada la sikit dari takde.. kikikiii...

Dan walau apa jua pun part time job yang kita buat, jangan sesekali overload dari kerja hakiki kita.. Ingat ! Dulukan yang mana penting dulu... ^_^

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

8 Comments

  1. Morning²...
    sama la ngan nieyl akak...
    sambil tu buat keje lain jugak skrg nie... :)

    ReplyDelete
  2. oh, baru tahuuu, hehehe~ tp nona setakat ni memang part time by on9 smeuanya..if tkde internet, leh mereput tunggu duit dgn kje skrg nii, hehehe

    ReplyDelete
  3. template baru.. lawo! Nampak bersih je.. suka :)
    Hidup blogger.. memang terbukti boleh buat income sampingan kan :)

    ReplyDelete
  4. Cer citer sket cemana nk buat tuh .. hihi

    ReplyDelete
  5. hahaha...yg best sekali yg last tu la...kekeke :D

    ReplyDelete
  6. Betul tu sekarang ni macam2 peluang part time job yang kita boleh buat, tinggal nak dengan tak je kan.....saya sendiri pun buat part time job so duit tu sentiasa masuk walaupun tak kaya raya hehe...boleh la nak menampung hidup dan memenuhi kehendak kat kl ni kan...

    ReplyDelete
  7. dalam 7 part time jb tu, nol 7 tu je mampu tapi skrg dh semakin malas up entri mcm mana ni huhhu

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..
    maaf, mmg lama sangat tak BW ke blog kawan2. Tapi ari tu mcm nampak anil wanina kat rnr tapah arah selatan...23hb. Betul ke tu empunya blog ni? hehe. nak tegur tapi tak dan sebab bila dh ternampak tu otak tengah memikir mcm penah tengok...bila dh teringat tu..pusing2 dh tak nampak dh, hahaha.

    ReplyDelete

Thanks for your support