.: mudahnya renew passport :.

korang tau tak Jabatan Imigresen telah menyediakan kiosk utk renew passport? hehehe.. saya pun baru tau masa renew passport ari tu...

utk proses renew passport kali ni, saya buat kat cawangan yang terdekat ngan putrajaya la iaitu Jabatan Imigresen Cawangan Kajang. Jabatan Imigresen Kajang ni dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga jam 5.30 petang setiap hari bekerja. Jangan datang time hari tak bekerja plak.. sampai ke malam pintu dia tak bukak2.. hikhik..


utk pemohon yang sudah ada passport sebelum ni dan berniat utk memperbaharui passport lama ke passport baru, kini sudah ada cara yang lebih mudah, cepat dan pantas. Anda boleh menggunakan kiosk yang disediakan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan caranya semudah ABC... ;)


Apa yang anda perlu ada utk proses pembaharuan passport?
1. Gambar anda yang berukuran passport
2. Passport lama anda
3. Salinan kad pengenalan
4. Duit sebanyak RM300

oh ye.. kalu tak silap saya, utk pembaharuan passport melalui kiosk hanya utk pembaharuan selama 5 tahun. Yg 2 tahun tu kena renew melalui kaunter.


Kiosk Pembaharuan Passport atau nama singkatannya KiPPas yang pada mulanya saya sangka agak sukar.. maklum la.. takde yg nak tolong masa tu.. dok terkontang kanting apa dokumen yg perlu ada, cemana caranya.. rupa-rupanya.. sangat mudah..

malah panduan penggunaan KiPPas turut disediakan bagi pengguna yang tak tau nak guna macam saya.. ngeh ngeh ngehhh...

step by step cara penggunaan turut diajarkan melalui poster yang disediakan.

inilah dia mesin KiPPas yang terdapat di Jabatan Imigresen Cawangan Kajang. Di sini hanya terdapat 1 mesin KiPPas sahaja. Tapi sangat cepat dan pantas. Jika takde masalah, 5 minit sahaja dah selesai proses pembaharuan passport.

ikut sahaja langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di skrin kiosk dan akhir sekali, masukkan dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan, gambar berukuran passport dan passport lama anda dalam sampul yang disediakan dan masukkan ke dalam mesin kiosk tu.

selepas tu, mesin tu akan keluarkan resit. Simpan resit elok2 dan selepas 2 jam, amik nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil utk proses tuntutan passport baru anda.

proses renew passport dengan menggunakan KiPPas ni cuma mengambil masa dalam 2 jam 10 minit sahaja. See.. mudah dan cepat kan.. tak yah susah2 nak beratur panjang2 tunggu queue pas kaunter ni, nak kena g kaunter tu plak.. pastu g kaunter sinun plak..

selamat mencuba.. :)



Ads Click!




Post a Comment

2 Comments

  1. akak, gambar tu dye nak background putih ke? gambar passport tu

    ReplyDelete
  2. gambar background passport biru..kalau nk senang.. masa g kedai gambar nti, ckp je nk amik gambar passport.. tp lebih afdal.. biasanya dkt dgn imigresen ni ada kedai gambar, amik gambar kat situ.. lg senang sbb kadang ni lain kedai lain setting dia.. dlu pun penah wat gak kt kedai lain.. smpai je kt kaunter kata salah..tang mana yg salah tak tau n terus amik gambar lain.. so be careful ye.. :)

    ReplyDelete

Thanks for your support